Kar Hifi
Parasol
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Archive : Listen Listen Listen

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-12-24
in SHOW OFF, UTAMA
0


Usianya mungkin sebaya bapa saya, tapi William adalah seorang dari beberapa warga emas yang menghabiskan usia tuanya dengan cara berbeza. Pada usia lewat 50-an, dengan tubuh yang masih gagah, William meneruskan perniagaan pemasaran ais krim diwarisi keluarganya sejak 30 tahun lalu. Anaknya cuma seorang, yang kebetulan baru saja menamatkan pendidikan di sebuah kolej dalam bidang animasi. Minat beliau dan anaknya sama sekali berbeza. William sewaktu mudanya sibuk menguruskan perniagaan dan keluarga kini membayar nilai pencennya dengan sebuah trak pikap Toyota Hilux.

Jika anda ke bahagian Selatan Semenanjung, Hilux dengan airbrush ini akan berada di mana-mana sahaja pertandingan autoshow yang diadakan. Waktu lapang ‘uncle’ diisi hobi mengubahsuai kereta dan bersembang dengan anak-anak muda berlainan bangsa yang berkongsi hobi sama. Walaupun baru saja kenal beliau, saya rumuskan beliau adalah tipikal ‘uncle’ berusia yang peramah, fasih berbahasa melayu dan semangat persahabatannya sangat tinggi. Beliau tidak perlukan slogan 1Malaysia untuk sama-sama duduk di bawah perit matahari menanti kereta dijuri di pertandingan.

Semangatnya itu membawa beliau bersama Hilux kesayangannya menjadi sebuah kenderaan yang tidak sama langsung dengan yang pernah anda lihat sebelum ini. Trak yang dibeli 2 tahun lepas ini diubahsuai beberapa kali dengan konsep berbeza. Bahkan sewaktu bertemunya tak lama dulu, katanya bodykit buatan Thailand sudah ditempah, hanya tunggu rim 20 incinya sampai dan semuanya akan dibuat semula.

Kecantikan binaan Hilux ini boleh dilihat dari banyak sudut. Kemasan airbrushnya jarang dibuat pada sebuah trak, penutup but bersalut karbon, spoiler kecil di belakang cab dan juga susunan alatan VIP di dalamnya. Ingatkan seunit woofer di kaki penumpang adalah penamat audio, tapi bila dibuka hud belakang, itulah dia audio sebenarnya!

Trak ini mempunyai 2 sistem audio berasingan; SQ dan SPL. Bahagian kokpit, pemain Kenwood DDX630W dipasangkan, meneraju sistem SQ. Pemain ini adalah generasi baru Kenwood direkabentuk untuk disesuaikan dengan kereta Toyota khasnya. Ia disambungkan dengan pemproses Audison Bit Ten. Kemudian, 2 unit amplifier The Punch dipasangkan; amplifier 4 channel The Punch THC-1204 dan amplifier 2 channel The Punch THC-1002. Amplifier 4 channel dipasangkan untuk menguasakan mid bass dan tweeter dari The Punch TP-650CP, sementara amplifier 2 channel membekalkan kuasa kepada woofer 10” The Punch TPM-10 tadi.

Sistem ‘pertunjukan’ sebenar Hilux ini terletak di bahagian trailer belakangnya. Konsepnya hampir sama dengan D-Max yang kami paparkan bulan lalu tetapi Hilux ini lebih ekstrem. Seunit layar 42 inci tv LCD Sharp mendominasi ruang visual sebaik penutup dibuka. Enam unit skrin kecil dipasangkan di kiri dan kanan untuk ilusi optik supaya kelihatan lebih bercahaya.

Pemain Pioneer DEH-3250UB dengan ciri-ciri bacaan USB menjadi nadi penggerak sistem pertunjukan untuk sistem talaan SPL pula. Unit crossover The Punch THC-X3 dipasang sebagai pelaras primer untuk apa juga bentuk media yang disalurkan padanya. 4 unit pre-amp digunakan untuk menambahbaikan isyarat yang dialirkan kepada barisan amplifier; 2 unit pre-amp 7 band THC-700 dan 2 unit pre-amp 5 band THC-500. Manakala, sebanyak lima unit amplifier digunakan untul membekalkan kuasa secukupnya pada semua speaker yang dipasangkan. Amplifier tersebut ialah 2 unit amplifier monoblock The Punch TPA-1600D, seunit amplifier 2 channel The Punch THC-602, seunit amplifier 4 channel The Punch THC-1004 dan seunit amplifier monoblock The Punch TPA-2500D.

2 unit amplifier monoblock The Punch TPA-1600D dipertanggungjawabkan untuk menghentam 4 unit woofer 10” The Punch TPM-10 dan seunit amplifier monoblock The Punch TPA-2500 pula menghentam 2 unit woofer 12” The Punch TP-124D. Tambah menarik bila woofer ini dimuatkan dalam perumah buatan khas dari bahan gentian kaca dan kekotak kayu juga. Cara woofer ini ditempatkan dengan liang-liang udara memberi kuasa secukupnya. Ruang bukanlah masalah. Seterusnya, 6 unit mid bass 6” The Punch TP-A65 dipasangkan pada penutup trailer. Kerja cantuman dan pemasangan set mid kemas dan halus hingga berjaya menyembunyikan pendawaian digunakan. Sebagai pengakhiran, 2 unit horn tweeter The Punch THC-T50 dilekapkan.

Hilux ini lebih dari sekadar sebuah bahan bacaan yang kami bawa pulang dari Muar. Sangat tertarik dengan semangat jitu Uncle William yang membuka mata tentang betapa gembiranya kehidupan beliau sekarang. Benar-benar unik dan satu dalam sejuta!

Previous Post

Archive : Dominasi Ford Ranger

Next Post

Labuan Car Audio & Food Carnival 2019

Next Post

Labuan Car Audio & Food Carnival 2019

CAPAIAN

  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved