Setelah didedahkan pada Mac lalu, Kia America telah melancarkan secara rasminya crossover EV6. Syarikat Korea itu menjangkakan crossover elektrik ini akan mula dijual di pasaran Amerika awal tahun hadapan dengan tempahan untuk model First Edition yang bakal dibuka pada 3 Jun ini. Pakej istimewa ini terhad kepada 1,500 unit sahaja yang bakal menampilkan ciri-ciri seperti AWD drivetrain dan pek bateri 77.4 kWh yang boleh mencecah sehingga 300 batu seperti yang dilaporkan oleh Kia.
The First Edition
Didatangkan dengan pelbagai kemudahan teknologi seperti sunroof luas, rim 20”, 14 unit speaker Meridian bersama langganan Siriu XM selama 2 tahun. Terdapat dalam tiga kombinasi warna unik; Steel Gray Matte dengan tempat duduk warna hitam, Urban Yellow dengan tempat duduk warna hitam dan Glacier dengan tempat duduk hijau gelap.
Vegan Dan Kitar Semula
Interior EV6 ini adalah 100%, di mana plastiknya diperbuat dari bahan-bahan kitar semula, tempat duduk bahagian depan “giga-steel,” ruang kargo 27.7 kubik di bahagian belakang tempat duduk belakang dan 53.5 kubik di belakang tempat duduk depan.
Dilengkapi skrin infotainment TFT untuk penumpan di bahagian tempat duduk depan dan juga didatangkan dengan pengecas tanpa wayar telefon pintar. Kia membenarkan pelanggan membayar terus dari sistem infotainment yang disediakan.
Walau bagaimanapun, harga untuk kereta ini masih lagi belum didedahkan.
Sumber : Carscoops