Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Vanette Van De Adams

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-05-21
in SHOW OFF, UTAMA
0

Vanette dipilih kerana reliabilitinya sebagai kenderaan komuter yang tahan lasak dan jarang meragam. Tentu sahaja anda tidak mahu van ini tersadai di tepi jalan dalam perjalanan ke tapak pertandingan audio. Platform van ini jelas dipilih kerana satu sebab. Saiz. Saiz memanglah perkara yang kritikal jika anda ingin memuatkan perkakasan audio dalam sejumlah yang besar. Gandingan peralatan sebegini bukanlah satu sistem yang dimiliki individu. Ia lazimnya sebagai kereta demonstrasi sesebuah syarikat.

Ini merupakan kenderaan demo milik Adam’s Digital yang dipamerkan di salah sebuah pusat edaran mereka di Johor Bahru. Adams Digital terkenal dengan produk SPL yang terdiri dari amplifier berkuasa tinggi dan juga woofer EX-1000 yang ‘meletup’ itu. Bila kenderaan demo ialah sebuah van, persoalan yang sering diajukan;

“Berapakah bilangan woofer yang dipasang?”

16 unit kesemuanya. Woofer Adams Digital Energy Series EX-1000 ini memenuhi seluruh ruang belakang van dengan pemasangan menegak dan terbuka dilakukan secara terus. Kesemua unit woofer ini mendapat bekalan kuasa daripada 4 unit amplifier monoblock ADS-2400.1D. Amplifier jenis monoblok kelas D ini adalah pilihan utama kebanyakan peminat SPL yang serius ataupun bagi mereka yang perlukan kuasa mutlak untuk menghentam woofer di dalam boot kereta bersaiz biasa. Sejak diperkenalkan hampir 10 tahun lalu, rekaan fizikal amplifier ini tidak banyak berubah dan ia begitu serupa dengan rangkaian produk Adams Digital secara keseluruhannya.

Pemain CD JVC KD-R206 menunjangi keseluruhan sistem dengan pembahagian frekuensi utama dibuat menerusi pemasangan dua unit pre-amp Adams Digital ADP-100MS yang disambungkan kepada dua unit crossover aktif AD-3980. Satu digunakan untuk rangkaian woofer yang disebutkan tadi manakala satu lagi menguruskan gelombang mid dan tweeter.

Sebanyak 8 unit mid Adams Digital siri Energy model EX-600 dipasangkan dengan cukup kemas di sisi belakang woofer tadi. Kemasan ini dibuat dengan perubahan besar pada perumah yang diperbuat dari kayu nipis untuk menyokong enclosure dan juga sebagai penebat gelombang belakang magnet. Kesemua unit mid ini mendapat kuasa daripada amplifier 4 channel Adams Digital ADS-80.4. Ya. Cuma satu amplifier untuk memandu kesemua speaker itu tadi.

Membina pakej demo sistem audio SPL tentunya memerlukan kenyaringan bunyi vokal disamping dentuman bass yang padu. Rahsia bunyi vokal yang ‘tajam’ selalunya datang dari tweeter jenis horn dan bullet. Van ini dipasangkan dengan 6 unit horn tweeter Adams Digital dan 4 unit bullet tweeter Adams Digital yang diletakkan dibahagian tailgate dan juga perumah di atas mid bass tadi. Keupayaannya untuk mengekstrak frekuensi tinggi tidak lagi menjadi isu bila digabungkan dengan bekalan kuasa daripada amplifier 4 Channel Adams Digital ADS-80.4.

Kestabilan bekalan kuasa dari amplifier kepada kesemua speaker ini diselia oleh 6 unit kapasitor digital 2.0 farad yang menjanjikan saluran kuasa tanpa sekatan. Pembinaan demo SPL yang serius memerlukan peralatan seperti ini dan ia bukanlah gimik semata-mata. Dengan ribuan watt yang sentiasa mengalir dari kuasa utama kepada speaker, penggunaan kapasitor amatlah membantu supaya tidaklah malu bila muzik yang di blast tiba-tiba ‘melompat’ akibat kuasa yang tersekat-sekat.

Kebanyakan demo car yang pernah kami siarkan sebelum ini agak cacamarba dari segi pengaturan pemasangannya. Tapi kredit harus diberikan pada van ini yang dipasangkan dengan sangat kemas. Ia sebuah kereta demo yang benar-benar didemokan dari segi bunyi mahupun visual. Setiap peralatan diposisikan dengan teratur. Amplifier digantung di dinding tanpa kelihatan wayar berselirat. Pemain utama dipadankan pada jek individu bersama pre-amp dan kalau mungkin sedikit bersepah, ia adalah crossover yang disebutkan tadi.

Kemasan warna merah yang dijadikan latarbelakang bahagian dalamannya juga sesuai dengan tema Adams dan juga bahagian luarannya. Badannya dilayangkan dengan airbrush yang kemas. Pelekat badan, warna dan akhir sekali anda memang sedar bahawa van ini memang dibina dengan serius juga terjaga rapi.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 30

Previous Post

SUV 7 Tempat Duduk GLE 450 4MATIC AMG LINE CKD Kini Di Pasaran Malaysia

Next Post

Crossover EV Baharu Dari Kia Bakal Tiba Pada 2022

Next Post

Crossover EV Baharu Dari Kia Bakal Tiba Pada 2022

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved