Salah satu segmen atau kategori yang mendapat sambutan luar biasa sepanjang penganjuran Motor Show Hatyai 2019 yang berlangsung baru-baru ini adalah Classic Car. Diadakan pada 7 April bersamaan hari Ahad, segmen Classic Car ini berjaya menghimpunkan banjiran kereta-kereta klasik yang diubahsuai dan direstorasi pelbagai ragam yang secara tidak langsung menarik perhatian para pengunjung yang datang menyemarkkan lagi penganjuran Motor Show Hatyai pada tahun ini.
Lebih membanggakan lagi, para peminat dunia permotoran khususnya modifikasi dari Malaysia telah turun padang dan memberi sokongan terhadap penganjuran acara ini. Buat pengetahuan anda, ini bukanlah penganjuran Motor Show Hatyai pertama yang disertai malah hampir setiap tahun mereka tidak melepaskan peluang untuk menyemarakkan lagi acara yang turut dihadiri para pencinta dunia permotoran dari negara-negara tetangga lain.