Tidak dinafikan, bilah pengelap cermin adalah perkara paling akhir atau kurang diambil peduli oleh kebanyakan pemilik kenderaan. Lebih menyedihkan lagi, bilah pengelap cermin ini ditukar apabila ianya benar-benar sudah tidak boleh dipakai, tercabut dan koyak. Hakikatnya, fungsi bilah pengelap cermin ini sama penting dan bukan sekadar mengelap air ketika hujan. Ia turut berfungsi untuk membantu pemanduan sekiranya terdapat halangan penglihatan dan melancarkan perjalanan.

Oleh itu, pemilihan bilah pengelap cermin yang tepat dan sesuai amat penting untuk kegunaan masa panjang. Terdapat pelbagai pendapat serta pencanggahan antara pengguna bilah pengelap cermin konvensional (getah) dengan bingkai besi dan bilah pengelap cermin yang menggunakan silikon sepenuhnya. Namun, bilah pengelap cermin keluaran D2 ini diperbuat menggunakan generasi silikon hibrid baru. Salah satu material terbaik yang digunakan untuk kesesuaian cuaca dan keadaan jalan di Malaysia.
Selain itu, bilah pengelap hibrid pelbagai fungsi dari D2 ini tahan lama, tahan karat, minyak dan juga bahan kimia perindustrian. Bingkainya diperbuat dari besi tahan karat dengan rekaan aerodinamik untuk mengelap cermin dengan bersih dan dalam masa yang sama tidak mengeluarkan bunyi bising. Terdapat dalam pelbagai pilihan yang sesuai dengan kereta serta kenderaan yang digunakan di atas jalan Malaysia dan mudah dipasang.
Saiz pilihan;
12”, 14”, 16”, 17”, 18”, 19”, 20”, 21”, 22”, 24”, 26”, 28”
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
D2 Motor Sport Sdn Bhd
No.1, 1M, Jalan 6/8,
Taman Commercial Pandan Indah,
55100 Kuala Lumpur
No Tel : 03 – 4293 0688
www.d2motorsports.com.my












