Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Archive : Feminine Style, A Breakthrough Performance!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-11
in UTAMA
0

Kereta-kereta kompak hatchback moden hari ini kebanyakannya direka dengan mengambilkira keperluan pengguna wanita. Pihak pemasaran sibuk mengumpul data mencari ciri-ciri yang diperlukan bagi sebuah kereta hatchback kegunaan di bandar. Kita mungkin tidak sedar tapi ciri seperti kelegaan kepala, keluasan pandangan panoramik, cermin sisi yang lebih lebar, pusingan stereng lebih panjang dan bekas simpanan kecil kebanyakannya didedikasi kepada pengguna wanita.Tunggu dulu, ini bukan untuk provokasi perang gender mahu pun seksis. Hanya sekadar berkongsi fakta. Secara tidak langsung ia memperlihatkan, dunia permotoran sentiasa menghargai dan menitikberatkan pengguna golongan wanita yang bilangannya semakin bertambah di jalanraya. Betul tak?

Kereta-kereta seperti Jazz, Myvi dan Yaris adalah beberapa contoh kereta direka agar mudah dikendalikan kaum Hawa yang memang sangat cerewet dalam setiap perincian. Bak kata orang putih, “fussy about every detail!” Cuma di pasaran Malaysia, ia bukan sahaja untuk feminin tetapi sebab harga kereta lain memang mahal. Jadi bila Perodua memperkenalkan Myvi, ia pantas menjadi kereta pilihan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Tidak lagi tertumpu pada pasaran feminin, Myvi sesuai untuk semua golongan.

Myvi milik si gadis cantik dari Johor Bharu ini sebenarnya sangat lama berada dalam simpanan kami. Masalahnya kelmarin, spesifikasinya hilang entah kemana (errr… maaf bos! Boleh terima tak alasan ni?) Bos kejar saya untuk artikel ini sejak dua minggu lepas. Nasib baik semua kerja dah siap.Berbalik semula kepada kereta ni, Perodua Myvi ini bukanlah direka semata-mata untuk sistem audio. Ia diubahsuai secara menyeluruh. Bahagian bodykit, rim, suspensi, dalaman dan juga audio. Kalau hanya melihatkan kereta, tidak siapa menyangka ianya milik seorang gadis. Dibeli sendiri, dibina dan diubahsuai sendiri oleh pemiliknya tanpa sedikitpun pengaruh seorang lelaki! Istimewa bukan? Makan hatilah gamaknya, cik abang!

Memasuki fasa pengubahsuaian pertama, si gadis menghantar kereta ini ke salah sebuah kedai aksesori tanpa sebarang pengetahuan pun. Apa lagi, kena tipu hidup-hidup. Sistem pertamanya tidak bagus langsung. Kecewa dengan kedai aksesori pertama, beliau mendapat nasihat seorang kawan supaya berkunjung ke premis Arashi. Di sinilah pengubahsuaian sebenar bermula. Pada bahagian but belakang dapat dilihat 2 unit woofer 12” Performance PF-124. Ianya dipasangkan dalam kotak khas, dibaluti kulit campuran PVC dengan warna yang susah dijaga; putih. Di sisi woofer tersebut, 2 unit mid bass dan 2 unit tweeter Mohawk. Woofer tadi mendapat bekalan kuasa dari seunit amplifier monoblock Horizon HR-B1000 sementara barisan speaker komponen yang terdiri daripada mid bass dan tweeter Mohawk tadi berkongsi kuasa dari seunit amplifier 4 channel Horizon HR-80.4.

Siap di bahagian but. Kelengkapan di bahagian staging depan disempurnakan 2 unit mid bass Horizon HR-650 yang dipasang pada panel pintu depan dan 2 unit tweeter yang diletakan di dashboard. Tujuan meletakan tweeter di posisi ini adalah untuk mewujudkan staging yang sempurna. Sedap dialunkan ke corong telinga. Kuasa dari speaker ini pula datangnya dari amplifier yang sama memacu speaker komponen belakang, amplifier 4 channel Horizon HR-80.4 tadi.

Secara teknikalnya, sistem ringkas ini mencukupi untuk diintegrasikan bersama pemain buatan Taiwan N-60. Hmm, kenapa Taiwan N-60? Kalau ditukar kepada pemain utama yang menumpukan kualiti pembacaan data secara terperinci, mungkin ‘bunyi’ akhir yang dihasilkan lebih cemerlang.

Jika dilihat dari segi ‘pengolahan’ seni, bahagian dalaman Myvi ini dibongkar 100 peratus. Kesemua bahagian seat dan panel pintu menerima sentuhan sama seperti di bahagian but belakang; dibaluti kulit campuran PVC putih. Lelangit bumbung turut tidak ketinggalan, papan pemuka, lantai dan juga bahagian belakang. Pengubahsuaian tema VIP ini melibatkan pemasangan aksesori wajib seperti dulang minuman, cermin pandang belakang bersama jurai swarovski, kotak tisu serta gelas yang mengilhamkan hidangan mewah. Pastinya datang dari Junction Produce.

Bumper depan dan belakang diganti dengan skirting tepi. Bumper buatan kustom ini mengubah terus rupa Myvi menjadi sebuah makhluk lain. Sebuah spoiler SE dipasangkan di bumbung belakang dan keseluruhan bahagian kereta dikenakan airbrush bertema ‘Final Fantasy’, sesuai dengan imej wanita moden yang agresif.

Kereta ini mungkin agak biasa kalau pemiliknya seorang lelaki. Tetapi jika pengkhususan gender dibuat berdasarkan pengubahsuaian kereta, saya rasa Myvi ini selayaknya dipuji atas kesungguhan seorang gadis mengubahsuai secara serius. Prestasi yang sangat cemerlang!

Di pejabat ini pun ada gadis yang pakai Myvi. Tak teringin ke cik adik oi …

Previous Post

Classic Car @ Motor Show Hatyai 2019

Next Post

Perakam Video Digital, Pembaz Undur dan Kamera Undur

Next Post

Perakam Video Digital, Pembaz Undur dan Kamera Undur

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved