Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

City Autocraft

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

Menggunakan sebuah kereta sedan bagi kereta demo bagi tujuan pertandingan ialah perkara biasa di dalam dunia audio kenderaan. Tak kira sama ada penalaan audio untuk SPL atau SQL, kereta sedan menyediakan ruang but yang cukup luas untuk tujuan tersebut. Bagi mereka yang mahukan bunyi yang ekstrem, besar kemungkinan segenap ruang dalaman kenderaan digunakan bagi menyumbat segala aksesori audio. Ubahsuai begini selalunya dilakukan oleh mereka yang mahu gunakan kereta bagi tujuan pertandingan semata-mata tanpa perlu berfikir tentang praktikaliti kegunaan harian.

Tapi, bagaimana pula kalau pemilik kereta mahu menggunakan kereta mereka secara harian tetapi masih mahu kualiti bunyi sebuah kereta pertandingan? Jawapannya diberikan oleh Upscale Auto Accessories melalui Honda City mereka. Kereta demo mereka ini mempunyai sistem audio yang hebat tetapi masih boleh memuatkan penumpang dan juga barang untuk kegunaan harian.

Pihak installer memastikan hanya ruang but kereta digunakan tanpa perlu menggunakan ruang lain di dalam kereta. Bagi mendapatkan sistem bunyi yang terbaik, pihak kedai telah menggantikan unit utama asal Honda City kepada unit utama Pioneer DEH-2500UI dengan fungsi USB dan MP3 sebagai unit untuk menghasilkan bunyi audio manakala seunit pemain DVD Roadmark YK-8803 bertindak sebagai agen main balik input video digital. Unit utama bagi City ni mungkin hanya dari model pertengahan dari segi kualiti, tetapi sudah memadai untuk menghasilkan bunyi yang mereka mahu.

Seterusnya, pihak kedai menyambung unit utama tersebut kepada seunit pre-amp Autocraft AFP-505 yang bertujuan bagi pelarasan isyarat bunyi yang dihasilkan dari unit utama sebelum dikuatkan oleh amplifier yang bakal digunakan untuk kereta ni. Pre-amp yang mampu mengasingkan isyarat bunyi rendah, sederhana dan tinggi dengan lebih tepat ini kemudiannya disambung kepada amplifier Autocraft AFG-9600M4 jenis empat saluran. Amplifier empat saluran ni bertindak untuk menguatkan isyarat frekuensi sederhana dan tinggi dan memecahkannya kepada output bunyi stereo.

Sebanyak empat unit speaker mid bass 6.5” disambung kepada amplifier empat saluran tersebut bersama-sama tweeter. Speaker yang digunakan ialah speaker dari jenis dua hala Autocraft AFP-6521 yang terdiri dari speaker mid bass 6.5” dan tweeter. Speaker-speaker ni dipasang pada deck lid but belakang di dalam perumah buatan custom yang jugak menempatkan 6 unit monitor LCD 5”. Perumah custom ni dibalut dengan bahan PVC berwarna merah dan putih, iaitu tema warna yang digunakan bagi projek audio kereta ni.

Tidak lengkap sebuah sistem audio yang baik kalau ia gagal menghasilkan bunyi bass yang jitu. Bahagian bass kereta ni dihasilkan dengan memasang seunit amplifier jenis monoblock kelas D Autocraft AFG-91000M1 yang menghentam 2 unit woofer 12” Autocraft ARP-7412 yang tinggal di dalam perumah custom yang memenuhi hampir keseluruhan ruang but kereta. Perumah ni juga dibalut dalam bahan PVC berwarna merah dan putih manakala amplifier monoblock tadi disimpan di lantai but kereta sebelum ia dilindungi oleh sekeping plastik perspex.

Keseluruhan lantai kereta kemudiannya disalut dengan bahan Silent Coat bagi menghalang bunyi bising dari luar masuk ke dalam kereta. Jika kereta ni tidak dipamerkan, pemandu kereta ditemani dua unit speaker component Mohawk yang dipasang di dalam perumah OEM speaker di kedua-dua pintu depan kereta ini.

Sebagai kereta demo, macam biasa, penampilan estetika keseluruhan kereta juga amat penting bagi menarik minat pengunjung ke kereta mereka. Honda City ni dipasang dengan bodykit buatan custom yang diilhamkan dari bodykit Mugen Fit Aria dan warna kereta diubah kepada warna merah menyala dengan pelekat rekaan custom bermotifkan matahari terbit – satu bentuk penghormatan kepada negara asal pengeluar kereta Honda ni.

Penggunaan warna merah dan putih turut digunakan di bahagian papan pemuka kereta yang bertujuan mengikut warna tema keseluruhan kereta ni. Lampu-lampu LED jugak digunakan di perumah custom woofer dan amplifier bagi memberi sedikit kelainan dan bagi tujuan menarik perhatian orang jika sistem audio dimainkan di tempat yang gelap.

Walaupun ruang but kereta ni hampir penuh dengan aksesori audio, namun masih ada ruang untuk menempatkan beg pakaian dan paling penting, tempat duduk penumpang langsung tak diusik. Siapa kata untuk mendapatkan sistem audio bertaraf SPL anda perlu mengorbankan praktikaliti kereta?

Previous Post

Pegasus, Girl Aloud

Next Post

Happy Minions and America Sound

Next Post

Happy Minions and America Sound

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved