Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Pegasus, Girl Aloud

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-11
in SHOW OFF, UTAMA
0


Sebenarnya agak pelik tidak ramai wanita yang berminat membikin sistem audio kereta mereka. Mengapa saya rasa pelik? Memang pelik sebab kaum wanita jugalah yang paling ramai meminati dunia hiburan. Kalau tak percaya, tengok sahajalah artis tanah air – majoritinya ialah wanita. Kalau ada rancangan realiti menyanyi, hampir 80 peratus yang hadir untuk ujibakat ialah wanita.

Tapi apabila melihat seorang wanita main audio kereta, kita pula nampak pelik, walhal sebenarnya tidak ada apa-apa yang pelik pun sebab wanita memang sukakan muzik. Mungkin cuma mereka suka layan muzik pada medium yang bagi kaki audio tak best langsung, seperti dari speaker kerdil telefon bimbit ataupun melalui sistem audio OEM kenderaan yang bunyinya seperti tin kosong.

 

Cara melayan muzik seseorang itu akan berubah apabila beliau mendengar muzik dari sumber yang bermutu tinggi oleh sebab masa itulah seseorang tu boleh mendengar dengan jelas vokal penyanyi, bunyi petikan gitar dan juga dentuman gendang yang padat. Saya yakin, lepas seseorang tu mendengar lagu kegemarannya dari sumber fidelliti tinggi (high fidelity – Hi-Fi ringkasan dia), pasti dia akan buang saja radio buruk yang selama ni menjadi teman penghiburnya.

Kalau anda tengok Vios ni, memang anda tak akan percaya pemiliknya seorang wanita. Dahlah bodykit ganas, pakai sport rim 17”, ekzos perang, pelekat penuh satu badan, warna hitam pulak tu! Mesti anda ingat pemandunya seorang jejaka berambut perang dengan tatu di lengan. Apabila pintu kereta dibuka, yang keluar itu memang rambutnya diwarnakan perang juga, tapi awek…

 

Nak berkenalan? Boleh, namanya Sherlene dan Vios generasi kedua ni ialah kereta kegunaan hariannya. Sherlene ialah sebilangan kecil (memang sangat kecil) golongan hawa yang sukakan sistem audio kereta yang serius dan kereta Vios ni memang mempunyai sistem audio yang sangat bagus.

 

Sherlene berjaya mendapat khidmat pakar pemasangan audio tempatan dan juga juri pertandingan audio yang disegani, iaitu Kenny dari kedai New Sound Quest, Shah Alam. Bukan senang nak dapat hasil tangan otai audio ini yang rata-rata lebih menumpukan kepakaran kepada sistem audio yang high end.

Sistem audio ni bermula dengan pemain utama Kenwood KDC-U449 yang mampu memain-balik CD, WMA dan juga MP3. Pemain utama ini yang juga ada jack untuk iPod menghantar isyarat bunyi kepada seunit pre-amp Pegasus 7 band yang memisahkan isyarat-isyarat bunyi tersebut kepada 2 unit amplifier.

Amplifier pertama ialah dari model Pegasus, amplifier 4 channel PGA504 yang mampu menghantar 75 watt RMS kepada 4 saluran. Memandangkan audio kereta ni dibuat untuk SPL, maka amplifier ini menghantar kuasa kepada 4 unit mid bass Pegasus PG616 dan 2 unit horn tweeter Pegasus yang diletak pada deck lid but belakang. Speaker-speaker yang dihalakan keluar ini mampu mengimbangkan bunyi dentuman bass dan memastikan pendengar akan dapat juga mendengar bunyi frekuensi sederhana dan ‘tinggi’.

Dua saluran daripada amplifier itu turut dihantar ke depan, iaitu untuk memberi kuasa kepada 2 unit mid bass Pegasus PG616 yang diletak di dalam ruang speaker asal Vios ini, iaitu di panel pintu.

Untuk frekuensi rendah, Kenny telah memilih untuk memasang 2 unit subwoofer Pegasus berdiameter 12” yang memenuhi ruang kargo Vios ini. Subwoofer yang besar gedabak itu mendapat kuasanya dari satu amplifier monoblock Pegasus yang memastikan subwoofer tersebut dapat memberi bunyi bass yang maksima tanpa sebarang distortion.

 

Satu perkara yang harus dipuji pasal pemasangan audio ini ialah kekemasannya. NSQ amat mementingkan kekemasan pemasangan selain daripada bunyi yang hebat, oleh itu, setiap hasil kerjanya memang amat mengagumkan.

Amplifier-amplifier kereta ini disimpan di dalam kotak khas di sisi but belakang, dan dilitupi dengan sekeping persplex lutsinar yang yang dikelilingi dengan lampu LED. Subwoofernya pula diletak di dalam perumah khas custom yang bukan sahaja menjadi ‘rumah’ kepadanya, tetapi juga bertindak untuk memantapkan lagi bunyi bass yang dihasilkan. Speaker-speaker mid bass and horn tweeternya juga mendapat perumah khas dan seperti amplifier yang disebutkan tadi, turut dihiasi dengan lampu-lampu LED.
Kesemua kotak dan perumah custom tadi telah dibalut dengan vinil berwarna putih yang memberikan sedikit kontras kepada warna hitam badan Vios ini. Paling menarik, memandangkan Vios ini masih dipandu untuk kegunaan harian, masih terdapat ruang yang besar untuk menyimpan barang di dalam but Vios ini.

Previous Post

Our Youtube Channel

Next Post

City Autocraft

Next Post

City Autocraft

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved