Penganjuran kali kedua Himpunan Mega Kelab-Kelab Kereta Negeri Kelantan berjaya menghimpunkan lebih ramai para pencinta dunia permotoran khususnya dari Kelantan dan juga tidak ketinggalan, negara Thailand. Dianjurkan oleh Persatuan Permotoran Negeri Kelantan (PPNK) dengan kerjasama Urusetia Belia dan Sukan Negeri Kelantan (U-BES), dianggarkan lebih 200 buah kereta autoshow dari seluruh tanah air telah menyemarakkan lagi penganjuran Himpunan Mega Kelab-Kelab Kereta Negeri Kelantan ini.
Acara yang berlangsung selama 2 hari ini turut diselaraskan oleh Group Event BKGK. Beberapa aktiviti disediakan sepanjang dua hari acara diadakan untuk disertai pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira usia, bangsa dan juga agama. Antara aktiviti yang disediakan termasuk Himpunan Kelab-Kelab Kereta Negeri Kelantan sebagai aktiviti utama, diikuti Limbo Stance, Autoshow PPNK, Audioshow Lighting, Autoshow Malaysia, pertunjukan Ekzos Api.
Selain itu, tapak acara turut dimeriahkan lagi dengan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertunjukan aksi ular, cabutan bertuah, penampilan khas hero Iron Man, demo ZeroCarbon, pameran Badan-badan Kerajaan, serta jemputan dan perasmian dari Menteri Besar Negeri Kelantan.