Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Fokus Kepada SUV, Kurangkan Model Sedan Dan Wagon

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-03-05
in BULETIN, UTAMA
0

Volvo Cars mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan fokus kepada penghasilan model sedan dan wagon. Sebaliknya, syarikat dari Sweden itu menyatakan hala tuju syarikat kini mahu menghasilkan lebih banyak model elektrik pada masa depan. Jadi, model sedan dan wagon tersebut akan ditukar kepada SUV dan crossover.

“Kami perlu kurangkan varian sedan dan wagon. Sekarang kami ada banyak model wagon seperti V60, V90 dan Cross Country, selain pelbagai saiz sedan. Kedua-dua model ini tetap kami tawarkan, cuma tidaklah banyak,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Volvo Cars, Håkan Samuelsson.

Hampir 75 peratus jualan Volvo kini terdiri daripada SUV. Volvo juga mengakui usaha untuk menjual sedan dan wagon semakin sukar biarpun jenama itu cukup terkenal dengan kenderaan begitu sejak berdekad-dekad lamanya. Kenderaan tinggi ialah apa yang dimahukan oleh pasaran pada tahun 2020 dan Volvo mengikuti kehendak tersebut. Buktinya, Volvo baru sahaja melancarkan model eletrik pertamanya, C40 Recharge yang dibina menggunakan platform XC40 dengan rekaan coupe.

Sebelum ini, timbul khabar angin yang Volvo bakal membangunkan sebuah SUV flagship XC100. Samuelsson juga mengesahkan model aras mula yang dikenali sebagai XC20 atau C20 sedang dalam pembinaan. Model itu akan dibina di atas platform Geely.

Samuelsson menjelaskan perubahan hala tuju kepada penghasilan kenderaan elektrik memberi kesan nyata ke atas bahasa reka bentuk Volvo. Pertama, kereta keluaran Volvo akan jadi lebih tinggi. Ini kerana rekaan itu memudahkan pek bateri dipasang berbanding sedan. Kedua, bahasa rekaan kenderaan Volvo akan jadi lebih bersepadu, kurang berkotak dengan garis badan yang lebih lembut.

Biarpun begitu, Volvo pasti tidak akan menamatkan semua model sedan dan Wagon. Cuma pelanggan tidak ada banyak pilihan apabila hendak membeli model S atau V berbanding sekarang.

Sumber : Mekanika

Previous Post

Bukan Setakat Kereta, Macam-Macam Aktiviti Ada!

Next Post

Keselamatan Terjamin, Mudah Dan Pantas

Next Post

Keselamatan Terjamin, Mudah Dan Pantas

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved