Maserati Classiche telah bermula secara rasminya, selepas pengumuman yang dilakukan pada tahun lepas ketika acara “MMXX: Time to be Audacious” yang menandakan jenama era baharu. Kereta jalanan pertama yang menerima sijil ketulenan Maserati ialah Mistral 3700.
Bagi makluman, Maserati Classiche adalah jabatan yang melindungi dan mempromosikan khazanah automotif yang menyimpan keaslian syarikat. Ia merupakan servis bantuan eksklusif yang didedikasikan kepada penyimpan dan pelanggan-pelanggan Maserati yang turut disertakan dalam proses ketulenan yang diperakui.
Kereta atas jalan pertama yang menerima sijil pengesahan menerusi program ini ialah Mistral 3700 yang dibina pada Mac, 1969 dengan livery silver Auteuil. Maserati Mistral ini menerima sijil ketulenan ini setelah menjalani pengesahan kereta (lebih 300 pemeriksaan dibuat), sepadan dengan setiap dokumen yang dipegang oleh Arkib Sejarah.
Proses pengesahan ini dijamin oleh ahli-ahli komiti pakar dan menawarkan kereta-kereta Maserati dari lebih 20 tahun yang lalu, ditambah dengan siri istimewa termasuk edisi terhad baru-baru ini seperti MC12 dan Quattroporte. Selain itu, program ini turut menyediakan servis penyelenggaraan di rumah untuk membaiki kerosakan minor serta servis detailing.
Selain penyimpan koleksi dan pelanggan, program ini turut menyediakan servis untuk menyokong pemuliharaan kereta-kereta dan restorasi setiap perincian untuk disepadankan dengan yang asal. Pelan servis dedikasi ini ditawarkan kepada pemilik Classiche, Youngtimer dan Speciali yang diikuti dengan pelbagai peringkat lain.
Peringkat seterusnya pula adalah Program Classiche yang terdiri dari siri-siri servis bantuan major, dijadualkan untuk tahun 2022 yang dikendalikan sendiri oleh Maserati sendiri dengan alat-alat ganti “Classiche” tambahan. Kedua-duanya untuk menyokong dan membantu dengan usaha-usaha restorasi.
Tugas utama Maserati Classiche ini termasuk alat-alat ganti pengeluar yang sudah tiada lagi di pasaran, mengikut rekaan yang asal. Ia menggunakan proses dengan teknologi terbaik untuk meningkatkan kemampuan dan fungsi-fungsi komponen tanpa mengubah penampilan estetiknya.
Bagi mengiringi pelancaran program Maserati Classiche ini, Capsule Collection terbaharu turut disediakan untuk peminat khazanah jenama ini. Koleksi ini menggabungkan gaya pakaian tradisi untuk wanita, lelaki dan juga mini-me. Rekaannya menumpukan seluruh perhatian terhadap setiap perincian, walau sekecil-kecilnya dan diubah mengikut warna tradisional Maserati Classiche.
Inovatif semulajadi, Maserati bergerak maju ke masa hadapan tanpa membelakangkan DNA yang sudah melebihi usia 100 tahun, digabungkan dengan kejayaan kereta-kereta yang sehingga ke hari ini menjadi idaman ramai.