Hyundai-Sime Darby Motor Sdn Bhd (HSDM) dengan rasminya melancarkan Hyundai Palisade, awal hari ini. Rekaan yang berani digabungkan dengan sentuhan cukup elegan dan serba boleh yang juga tanda kehebatan Palisade. Sebuah kenderaan yang tepat untuk pemanduan harian yang selesa dan juga untuk mereka yang gemar pengembaraan.
Palisade baru ini juga bukti pemanduan inovatif dan ciri-ciri keselamatan bijak dari HSDM yang menawarkan ruang yang cukup luas, sesuai untuk keperluan pemandu dan juga penumpang. Gaya dan keselesaan saling lengkap-melengkapi dengan ruang kabin pelbagai guna yang boleh diubah untuk kepelbagaian di tempat duduk baris dua dan ketiga untuk disepadankan sebagai kargo atau ruang penumpang. Dengan tempat duduk barisan ketiga yang boleh dilipatkan, Palisade menawarkan ruang kargo berukuran 1,297-litre.
Dilengkapi dengan teknologi terkini SmartSense™ dari Hyundai, Palisade ini memastikan perjalanan anda sentiasa tenang dan tidak mengganggu fikiran. Ciri-ciri keselamatan pintar ini termasuk Forward Collision-Avoidance Assist, Blind-Spot Collision-Avoidance Assist, Lane Keeping Assist, and Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist, Safe Exit Alert dan banyak lagi.
Palisade ini turut dilengkapi dengan sistem 6-beg udara keselamatan, kawalan penuh penghawa dingin tiga zon (ketiga-tiganya dikawal berasingan) Blind-Spot View Monitor, Head-Up Display dan Smart Power Tailgate boleh-laras untuk mengubah ketinggian mengikut kesesuaian.
Palisade ditawarkan dalam dua powertrain, enjin R 2.2 CRDI Turbo Diesel dan enjin 3.8 GDi Petrol. Kedua-duanya ditawarkan dengan varian 7 atau 8 tempat duduk dengan 5 warna eksklusif; white cream, lagoon silver, steel graphite, moonlight cloud, dan timeless black. Pakej warna black-monotone dan warna navy ditawarkan untuk interior dengan pilihan kulit Nappa berwarna hitam, burgundy atau kelabu.
Jeffrey Gan, Managing Director, Retail and Distribution of Sime Darby Motors Malaysia said, “The demand for family-friendly SUVs continue to grow as discerning vehicle owners look for versatility and comfort in tandem with smart safety features. The launch of the new Palisade is well-positioned in the Malaysian market, in line with Hyundai’s strategy in leading the way with innovation. We are optimistic that the introduction of Palisade will be a gamechanger for this segment.”
Menurut pengarah urusan HSDM, Low Yuan Lung berkata, “The Hyundai Palisade direka dengan menampilkan ciri-ciri teknologi terkini yang menawarkan kegunaan praktikal. Kombinasi tepat yang menggabungkan keselesaan, gaya dan fungsi yang boleh dinikmati samada di bandar mahupun luar bandar.”
Palisade ini ditawarkan pada harga bermula dari RM 328,888 dan mempunyai 4 varian: EXEC 7 dan EXEC 8 untuk varian enjin Diesel juga LUXE 7 dan LUXE 8 untuk varian enjin petrol. Sekiranya berminat, anda boleh mengunjungi bilik pameran Hyundai Damansara di Sime Darby Motors City dan juga di Hyundai Jalan Klang Lama, Gurney Paragon dan Skudai. Anda juga boleh layari laman web https://www.hyundai.com.my/showroom/palisade/ untuk maklumat lebih lanjut.