Tiada lagi yang mampu menghalang para peminat Civic untuk meneruskan lagi kecemerlangan dan kegemilangan legasi ini di Malaysia. Penantian yang panjang akhirnya terungkai dan para peminat sudah boleh membuat tempahan untuk All-New Civic generasi ke-11 yang dilengkapi dengan teknologi terbaharu tetapi tetap mengekalkan gaya Civic yang lagenda itu bersama prestasi terbaiknya.
Honda Malaysia juga turut teruja dan yakin bahawa All-New Civic ini bakal menjadi sebuah model kereta yang paling seronok pernah dihasilkan dan pastinya mengujakan para pencinta kereta sekaligus kekal menerajui segmen C apabila ia dilancarkan pada suku pertama tahun 2022.
Menurut pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, Civic mempunyai identiti yang cukup kukuh dan menjadi model kegemaran untuk para pencinta kereta di kalangan rakyat Malaysia dengan prestasi dan gaya yang cemerlang.
Sejak diperkenalkan kepada pasaran Malaysia pada tahun 2001, hampir 148,000 unit Civic telah terjual dan model lagenda ini terus menambah bilangan peminatnya di sini. Civic generasi ke-10 yang dilancarkan pada tahun 2016 telah menyumbang lebih 66,600 unit dalam keseluruhan jualan Civic dan masih lagi menerajui segmen C dengan 71% syer pasaran sehingga Oktober 2021.
Menurut Chujo lagi, Civic generasi ke-11 ini merupakan interpretasi moden nilai Honda yang klasik dan kekal malar segar. Model ini menawarkan cebisan masa hadapan, meningkatkan lagi kayu aras sedan segmen-C dan dalam masa yang sama mengekalkan ciri-ciri terbaik yang ada pada DNA Civic yang sangat disayangi oleh rakyat Malaysia. All-Nwe Civic ini adalah legasi sebenar, yang dilahirkan semula!
Bagi mengetahui maklumat lebih lanjut atau untuk membuat tempahan All-New Civic, anda boleh mengunjungi mana-mana pengedar Honda seluruh negara atau hubungi nombor talian bebas 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my atau muat-turun aplikasi HondaTouch.