Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Bergema di Kota Kinabalu, Serlah Kehebatan Sabah!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2023-11-28
in BULETIN, UTAMA
0

Tidak kira di mana lokasinya, penganjuran EMMA pasti mendapat sambutan yang hangat dari para peminat serta para pengunjung sekitar. Diadakan di 1Borneo Hypermall pada 19 November lalu, penganjuran EMMA Malaysia Heat 3 ini juga berjaya menghimpunkan para peminat audio dari seluruh negara. Lebih mengujakan, pertandingan audio yang berprestij ini turut dimeriahkan para juri yang diterbangkan khas ke Malaysia!
Bermula seawal pukul 7.00 pagi, para peserta telah mula membanjiri tapak acara dan mula mendaftar pada waktu yang ditetapkan. Kelewatan pendaftaran akan mengakibatkan mata ditolak dan kerana disiplin itu, para peserta bersiap awal pagi bersama jentera kesayangan di sisi. Pelbagai modifikasi audio dapat ditemui sepanjang berlangsungnya acara ini di 1Borneo Hypermall.

Sebagaimana yang dinyatakan awal tadi, pertandingan EMMA Malaysia Heat 3 ini telah diadili oleh barisan juri yang diterbangkan khas ke Malaysia iaitu saudara Widodo (Indonesia), Tedy (Indonesia), Robert (Indonesia), Adison (Filipina), Adrian (Filipina) dan juga Glen (Switzerland). Kehadiran barisan juri ini turut digunakan sepenuhnya oleh para peserta yang sempat beramah mesra dengan mereka.

Berlanjutan sehingga ke malam, pelbagai aktiviti selingan turut disediakan bagi meredakan debaran para peserta dan dalam masa yang sama, memberi ruang serta masa secukupnya kepada para juri untuk mencari pemenang yang benar-benar berhak. Apatah lagi dengan penyertaan dari sistem audio kereta yang bukan calang-calang dan dapat dilihat dengan jelas persediaan yang dibuat oleh para peserta sebelum mempertandingkan jentera masing-masing.

Walaupun keadaan cuaca tidak begitu mengizinkan dengan turunnya hujan yang membasahi tapak pertandingan, ia tidak sedikit pun mematahkan semangat para peserta. Kagum melihat kesungguhan para peserta dan tidak kurang juga dengan barisan penaja yang terus memberi sokongan terhadap penganjuran EMMA pada kali ini juga. Begitu juga dengan kehadiran pengunjung yang sedikit sebanyak membakar semangat para peserta.

Di kesempatan ini, pihak KarHifi ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan pemenang untuk pusingan kali ini. Kepada yang kurang bernasib baik, jangan pernah putus asa dan cuba lagi di masa akan datang. Tahniah juga diucapkan kepada pihak penganjur yang berusaha keras dalam memastikan penganjuran EMMA Malaysia Heat 3 ini berjalan lancar. Jumpa lagi anda semua di pusingan akhir yang bakal diadakan tidak lama lagi!

Previous Post

Himpunan Sahabat Permotoran, Hangatkan Hujung Minggu

Next Post

Pentas Terakhir Paling Bergaya!

Next Post

Pentas Terakhir Paling Bergaya!

CAPAIAN

  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved