Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Himpunan Sahabat Permotoran, Hangatkan Hujung Minggu

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2023-11-22
in BULETIN, UTAMA
0

Kemeriahan luar biasa di Bukit Merah Laketown Resort pada hujung minggu lalu dengan kehadiran dari para peminat dunia permotoran sempena penganjurn SP3 Gathering Bukit Merah 2.0 2023. Dianjurkan oleh Sahabat Permotoran Pulau Pinang (SP3) pada 18 November lalu, ia merupakan penganjuran kali kedua program ini di Bukit Merah.

Berlangsung di perkarangan tempat letak kereta Bukit Merah, acara dimulakan seawal pukul 8.00 pagi dengan kemasukan kelab-kelab kereta dan komuniti yang datang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan juga Perak. Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk menghimpunkan dan berjumpa kelab-kelab serta komuniti selain memperkukuhkan lagi ukhuwah persaudaraan serta bertukar-tukar fikiran.

Lebih istimewa lagi, pihak Bukit Merah juga berbesar hati memberi diskaun untuk para peserta SP3 Gathering di taman tema. Pelbagai acara disusun sepanjang berlangsungnya program ini. Antaranya termasuk Peraduan Mewarna bagi kanak-kanak, Sesi Bergambar kenangan untuk kelab-kelab kereta dan komuniti. Tidak ketinggalan, pertandingan nyanyian yang dibuka kepada ahli-ahli kelab dan komuniti kereta.

Selain itu, turut diadakan ialah Autoshow Kereta dan Audio Show yang melibatkan sebanyak 20 buah kereta yang diundang khas. Pada masa yang sama, pihak penganjur juga mengambil kesempatan ini menyediakan segmen Solidariti Palestine dengan bacaan Qunut Nazilah, bergambar sambil mengibarkan bendera Palestine, diikuti ucapan dari wakil NGO iaitu MAPIM, ucapan dari wakil Bukit Merah dan ucapan dari wakil SP3.

Dianggarkan sebanyak 500 buah jentera dari 12 kelab dan komuniti telah menghangatkan penganjuran program ini. Acara bertambah meriah dengan segmen yang paling dinanti-nantikan iaitu Cabutan Bertuah sebelum acara berakhir dengan Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang Autoshow. Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pihak penganjur dan penghargaan kepada pihak Bukit Merah yang sudi bekerjasama bagi menjayakan SP3 Gathering kali ke-9 dan kali kedua diadakan di sini. Semoga berjumpa lagi!

Previous Post

Tiga Hari Penuh Kemeriahan, Mengukuhkan Lagi Ukhuwah

Next Post

Bergema di Kota Kinabalu, Serlah Kehebatan Sabah!

Next Post

Bergema di Kota Kinabalu, Serlah Kehebatan Sabah!

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved