Sebagaimana pengeluar lain, Lexus juga sedang merapikan persediaan untuk barisan terbaharunya termasuk 10 hybrid baharu, plug-in hybrid dan juga model BEV menjelang tahun 2025. Mungkin sukar untuk dijangkakan model-model tersebut, namun menurut laporan dari sebuah majalan di Jepun, Mag-X mengatakan bahawa Lexus sedang mengusahakan sebuah SUV hibrid bersaiz kecil berdasarkan Toyota Yaris Cross dan direka khas untuk pasaran Eropah, Jepun dan Australia.
Dikatakan, perbincangan tentang SUB bersaiz kecil dari Lexus ini telah dimulakan pada tahun 2015 dengan pendedahan kajian rekaan LF-SA. Khabar angin kembali bertiup kencang pada tahun 2020, selepas pelancaran Toyota Yaris Cross, di mana beberapa bulan selepas itu Lexus telah mendaftarkan trademark di atas nama LBX yang mungkin bakal digunakan untuk model terbaharu keluarannya.
SUV-B baharu ini mungkin akan diselitkan dalam barisan UX. Ianya mungkin tidak relevan untuk pasaran US tetapi segmen ini sangat popular khususnya di pasaran Eropah, di mana kebanyakan pengeluar menawarkan sekurang-kurangnya supermini dengan interior lebih luas dan gaya lebih andventure. Lexus LBX ini dikatakan bakal mempunyai dimensi seperti Yaris Cross iaitu 164.6 inci panjang, 69.5 inci lebar dan 61.4 inci tinggi. Menurut laporan itu lagi, SUV bersaiz kecil Lexus ini juga menggunakan platform GA-B, serta menggunakan setup hybrid yang sama dengan Yaris Cross. Secara tidak langsung, ia bakal menggabungkan enjin 1.5 VVT-i 3-silinder dengan dua (FWD) atau tiga motor elektrik (AWD-i), menghasilkan 114 hp (85 kW / 116 PS) dan 120 Nm (88.5 lb-ft).
Sumber : Carscoops