Sebagaimana yang dapat dilihat, kereta Konsep ini dipanggil sebagai Suzuki 9T4, di mana 9T4 adalah singkatan untuk 94 dari motosikal Suzuki GSX-R tahun 1994. Ya, ianya sebuah kereta konsep dan GSX-R pula model motosikal, keseluruhan rekaan pada kereta ini diambil inspirasinya dari motor ini.
Individu di sebalik rekaan ini adalah seorang jurutera elektromekanikal dan pereka pengangkutan George Schelfaut dari Torio, Itali. Kalau teliltik resume, beliau mempunyai latar belakang yang memang hebat termasuk dalam bahagian perisian. Namun apa yang penting, mempunyai tiga master degree, satu dalam bahagian kejuruteraan mekanikal, mekatronik dan rekaan pengangkutan. Jadi, anda pasti boleh lihat beberapa idea yang diluahkannya menerusi 9T4 ini.
Perkara yang paling sukar untuk cuba meluahkan rekaan yang sama pada motosikal ke atas kereta kerana kedua-duanya mempunyai struktur berbeza. Jadi, untuk menjadikan ia satu realiti mungkin dikatakan sebagai kerja gila!
Bahagian paling ketara GSX-R yang boleh dilihat pada kereta ini adalah garis atas motosikal, tidak termasuk bahagian tempat duduk. Selain itu, bahagian tayar hadapan dengan roda ultra-nipis, benar-benar serupa dengan roda motosikal. Selain itu, fender kereta seperti ekor di bahagian belakang. Bahagian ini menggunakan lekuk hampir sama dengan tempat duduk penumpang motosikal.
Bahagian eksterior pula, dilengkapi dengan hood rendah, yang berjaya dijadikan sebagai realiti oleh sebuah RWD Elektrik dan pek bateri yang disembunyikan dalam lantar kereta, seperti casis papan luncur.
Walaupun aras kapasiti dan kuasa tidak didedahkan, apa yang diketahui ialah binaan RWD. Mungkin Encik Schelfaut memberikan sepenuh perhatian terhadap pembinaannya dan pernah ianya direka sebegitu agar senang untuk dihasilkan jika benar-benar berjaya mendapat tarikan ramai.
Bagi bateri pula seperti dimaklumkan awal tadi, ianya disembunyikan di lantai kereta yang menawarkan lebih banyak ruang kepada penumpang Dan sistem mekanikal yang lain. Sayap emas dan merah telah dipanjangkan dari roda hadapan sehingga roda belakang.
Bahagian paling menarik. Windshield pada 9T4 ini yang menunjukkan ciri-ciri boleh ubah kereta. Ya, ia direka untuk dibuat sebagai pengeluaran. Bagi masuk ke bahagian dalam, bahagian atap terbahagi kepada dua, dari roll bar di bahagian atas pemandu dan penunggang, menarik balik hingga bahagian depan dan belakang kereta. Bagaimanapun, melangkah setapak ke bahagian kereta konsep yang dinamik dan kaca itu sendiri menjadi faktor paling kuat dalam aerodinamik kereta. Boleh dibiarkan dan dipandu seluruh bandar. Kereta ini bersaiz kecil, kerana pereka memilih komponen minima seperti beberapa motor dan juga pek bateri. Ruang selebihnya sesuai untuk dua orang.
Ya benar, ia hanya sebuah projek kereta konsep. Namun kalau diberikan peluang, pasti ramai yang mahu memandu uji.
Sumber : Auto evolution