Kemunculan model crossover yang kian meningkat dari Volkswagen di Eropah memang mengelirukan. Mungkin sudah tidak ada lagi ruang selepas T-Cross dan T-Roc, kini mereka melancarkan pula Taigo. Crossover bersaiz kecil ini sebenarnya sudah lama, sejak Volkswagen menjelaskan untuk membawa Nivus dari Brazil ke pasaran Eropah dengan nama lain dan dibina di Sepanyol.
Panjang berukuran 4.26 meter (167.7 inci), 1.75 meters (69 inci) lebar dan 1.49 mm (58.6 inci) tinggi, lebih rendah berbanding T-Roc dan lebih panjang dari T-Cross. Wheelbase pula berukuran 2,566 mm (101 inci), membuatkan ia lebih panjang dari T-Cross biasa tetapi pendek berbanding T-Cross dengan spesifikasi LWB.
Penampilan Taigo lebih bergaya berbanding T-Cross dengan mengambil roofline seperti coupe Sebenarnya, tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang rekaannya kerana ia mirip Nivus BR-spec. Ia juga menampilkan beberapa ciri R-Line, lengkap dengan faux quad exhaust tips.
Begitu juga bahagian interior yang turut dipinjam dari abangnya. Bagaimanapun, mereka yang tajam matanya dapat mengesan Taigo Euro-spec ini mempunyai talaan kawalan yang lebih ranggi, dipinjam dari Tiguan facelift dan Arteon.
Secara keseluruhannya, interior tampil sangat mirip dengan T-Cross dan juga Polo yang turut mempunyai modul kawalan climate dengan facelift ‘mid-cycle’ yang didedahkan awal tahun ini.
Sumber : Motor1