Road Show BKGK Event kembali lagi dan kali ini, U-Central Segamat telah menjadi lokasi pilihan. Sebuah program Autoshow telah diadakan pada 13 Julai lalu sempena penganjuran Road Show BKGK Event ini. Bagi menyemarakkan lagi penganjuran autoshow ini dan menarik perhatian para pengunjung yang meluangkan hujung minggu dengan berkunjung ke U-Central Segamat.
Program dimulakan dengan sesi pendaftaran yang dibuka sekitar pukul 4.00 petang sehingga pukul 7.00 petang. Kebanyakan para peserta datang lebih awal untuk memastikan kereta yang dipertandingkan disusun sebelum sesi penjurian bermula. Antara aktivit yang diadakan termasuk Car Club/Komuniti Gathering, Autoshow, Audioshow, Stance dan Cabutan Bertuah. Tidak ketinggalan, aktiviti untuk kanak-kanak iaitu pertandingan mewarna dan beberapa permainan lain.
Walaupun diadakan pada hujung minggu yang sering kali digunakan untuk masa berkualiti bersama keluarga, penganjuran autoshow ini tetap mendapat sambutan memberangsangkan. Bukan sahaja dari para peserta yang mengambil bahagian, malah para pengunjung sekali gus memeriahkan lagi U-Central Segamat ini. Berakhir sekitar 12.00 tengah malam dengan majlis penyampaian hadiah yang disampaikan tetamu kehormat kepada para pemenang yang bertuah.