Bagi memberi peluang kepada para pengguna jalan raya khususnya para pemandu untuk mengenali dan memahami fungsi Ultra Racing Safety Bar keluarannya, Ultra Racing telah mengadakan kempen Experience Workshop. Kempen ini juga memberikan anda peluang untuk memandu uji secara percuma dan merasakan sendiri pengalaman menaiki kenderaan yang telah dipasangkan dengan Rear Anti Roll Bar sebelum membeli.
Antara kelab yang telah menyertai kempen ini adalah BR-V Owner Club yang yang berlangsung pada 21 Julai lalu di ibu pejabat Ultra Racing. Disertai seramai 25 orang ahli kelab, program dimulakan dari pukul 10.00 pagi dan berakhir sekitar pukul 3.00 petang. Para peserta turut diberikan penerangan tentang kelebihan memasang Ultra Racing Safety Bar.
Seterusnya, para peserta dibawa untuk melihat pemasangan produk ini pada kereta. Ini diikuti pula dengan sesi memandu uji dua kereta demo yang telah dipasangkan dengan Ultra Racing Safety Bar. Setelah selesai, pihak Ultra Racing mengambil maklum balas dari setiap peserta yang mengikuti sesi ini sebelum bergambar dan bersurai. Sekiranya anda berminat untuk merasai sendiri pengalaman memandu kereta yang telah dipasangkan produk Ultra Racing Safety Bar, hubungi Ultra Racing hari ini.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Ultra Racing
No. 25, Jalan Bukit Permai Utama,
Taman Industri Bukit Permai,
56100 Kuala Lumpur.
No Tel : 03 – 4280 4213
Laman sesawang : www.ultraracing.my
Facebook : https://www.facebook.com/UltraRacing/