Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Audio Reloaded

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-08-21
in SHOW OFF, UTAMA
0

Audio Reloaded

Dari kejauhan, tidak melampau jikalau sesiapa sahaja menganggap ianya sebuah lagi kereta Kancil yang menjalani proses restorasi sistem audio stereotaip yang acapkali diadakan pada jenis model sama. Maklumlah, apa sangat dapat dibuat pada sebuah kereta kompak. Dengan saiz dan ruang yang terhad, ditambah pula jumlah berat serta penggunaan sumber kuasa yang digunakan. Paling banyak bilangan woofer yang boleh dimuatkan sekitar 8-10. Manakala sistem standardnya pula, setakat 4-6 unit woofer bersaiz 12”. Jadi, apa yang menarik pada kereta Kancil ini?

Kancil ini menang dek solekan ke atasnya. Solekan dimaksudkan, warna yang dilayangkan padanya berserta tema dikenakan. Seiring dan sejalan. Celoreng-celoreng hitam dan jingga menyemarakkan aura keceriaan dan dalam masa sama, tampak garang dengan kehadiran ikon atau logo Music Hawk, si helang. Helang yang sangat bergaya kerana dimanusiakan. Satu rekaan logo yang boleh dikatakan sangat unik. Mewujudkan maskulin seekor helang sekaligus memperkasakan jenama yang diwakilinya, Music Hawk.

Kekuatan Kancil yang menerima sentuhan grafik dari salah sebuah pembikin tampalan pelekat Monster DG Sticker ini adalah lebih dari itu. Jangan memperkecilkan bakat besar dipikul si Kancil ini. Adakalanya atau lebih tepat lagi, pengalaman dan kemahiran memainkan peranan amat penting dalam membina sebuah sistem audio. Dan apabila berdepan dengan sebuah kereta kompak, ia merupakan satu cabaran amat besar kerana bukan mudah untuk merealisasikan audio sistem sempurna pada sebuah Kancil.

Namun begitu, semua anggapan negatif dan kesangsian terhadap kemampuan Kancil ini berjaya disingkirkan. Ini dapat dilihat dengan jelas menerusi sistem audio yang telah dibina di bahagian belakang atau lebih sesuai dipanggil sebagai pusat hiburan utama Kancil ini. Percaya atau tidak, Kancil ini menempatkan sebanyak 9 unit woofer 12”. Lebih dari itu, terdapat dua lagi unit woofer tersembunyi. Mungkin yang ini, tidak mahu diambil kira. Oh ya, ia tidak berhenti setakat itu kerana ini diikuti pula barisan mid bass 6.5” sebanyak 18 unit serta dimeriahkan lagi 12 unit horn tweeter dan 2 unit tweeter. Inilah dikatakan, Sound Pressure Level sebenar!

Jika diperhatikan dengan teliti, setiap ruang dan sudut telah dipasangkan dengan speaker. Ini bagi mewujudkan tekanan bunyi secara keseluruhan. Baik di bahagian kabin, sudut A Pillar, panel pintu dan bonet belakang. Sebelum menjengah bahagian belakang, kita semak kabin kereta terlebih dahulu. Memilih pemain utama jenama Kenwood model KDC-259R dan disokong pula 3 unit pre-amp 10 band jenama Music Hawk. Sebelum meneruskan lagi artikel ini, sistem audio Kancil ini dilengkapi jenama audio Music Hawk.

Ketiga-tiga unit pre-amp ini meneruskan perjalanan dengan menghantar isyarat yang diperkemaskan lagi dari pemain utama tadi. Laluan pertama, isyarat dialirkan kepada 3 unit amplifier monoblock Music Hawk MH-1800.1D; setiap satunya memacu 3 unit woofer 12” Music Hawk New MH-1288. Kesemua sembilan unit woofer ini telah ditempatkan dalam perumah khas. Antara setiap woofer ini terdapat beberapa lubang udara bagi memberikan kemantapan pada bunyi bass yang dihasilkan.

Berbalik kepada laluan kedua pula, isyarat yang diproses di pre-amp tadi disalurkan pula kepada 2 unit amplifier Music Hawk MH-125.4. Setiap seunit amplifier ini ditugaskan untuk memacu sebanyak enam unit mid bass 6.5” Music Hawk MH-65.1. Mid bass ini dipasangkan mengikut 3 kumpulan yang mana setiap satunya terdiri dari 4 unit di bahagian belakang Kancil. Dua kumpulan dipasangkan di bahagian sisi manakala sekumpulan lagi dipasangkan di bahagian penutup bonet. Ini membawa pula kepada laluan ketiga yang dimulakan dari seunit lagi pre-amp di awal tadi.

Laluan ketiga ini mirip laluan kedua, yang mana ianya terdiri dari dua unit amplifier 4 channel Music Hawk MH-125.4. Unit pertama memacu sebanyak 12 unit tweeter. Dua unit darinya dipasangkan di kedua-dua panel pintu hadapan, manakala baki 10 unit mid bass dipasangkan di bahagian belakang di mana 8 unit dipasangkan secara selari dan 2 unit lagi dipasangkan di tengah-tengah 4 unit mid bass yang diletakkan di bahagian penutup bonet.

Ini diikuti dengan amplifier 4 channel berikutnya yang memacukan 6 unit mid bass; dibahagikan kepada 2 bahagian serta dipasangkan di kedua-dua panel pintu hadapan. Melengkapi bunyi bahagian kabin ini ialah, pemasangan dua unit tweeter Music Hawk MH-28 yang ditempatkan di sudut A Pillar. Mungkin dengan membaca artikel ini, anda tidak dapat mengalami kuasa bunyi SPL yang dihasilkan tetapi apa yang boleh dikatakan, ianya seakan pengumpulan segala tenaga bagi mewujudkan tenaga SPL yang sangat luarbiasa!

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 50

Previous Post

Power Pack Performance

Next Post

The Incredible of Sound!

Next Post

The Incredible of Sound!

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved