Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

The Incredible of Sound!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-08-21
in SHOW OFF, UTAMA
0

The Incredible of Sound!

Perkara paling utama yang perlu diambil kira apabila seseorang mula berjinak-jinak dalam dunia audio kereta adalah, ke mana hala tuju jentera tersebut. Adakah ia dibina semata-mata untuk mencapai dan memenuhi minat yang tidak mahu dikongsi bersama orang lain? Atau, adakah ia dibina untuk keyakinan berupa penghargaan yang lebih menjurus kepada kepuasan diri sendiri? Mungkin juga sekadar memeriahkan lagi dunia audio kereta? Soalan-soalan ini kedengaran pelik tetapi percayalah, ia sangat penting!

Pernah seseorang berkongsi dengan saya sedikit masa lalu, sekali terjebak dalam melakukan modifikasi terhadap kereta ini maka sukar untuk bertemu dengan titik noktah. Pasti ada sahaja yang tidak kena dan perlu dimodifikasi bagi memberi kepuasan. Tidak kiralah dari sudut eksterior, prestasi dan khususnya sistem audio sendiri. Malah, ada yang terlalu taksub dengan modifikasi sehingga tiada lagi rupa kereta yang asal. Lebih menyedihkan apabila, ia mencederakan keunikan kereta. Ya, setiap kereta ada keunikan masing-masing.

Namun begitu, tidak dapat dinafikan masih ramai yang mampu melakukan tranformasi cemerlang dalam ketaksuban mereka memodifikasi kereta. Antara yang berjaya mencuri perhatian adalah kereta jenis sedan keluaran nasional ini, Proton Wira. Ditemui di Perak beberapa bulan lalu, Wira ini tampil unik bukan sahaja dari sudut eksterior tetapi untuk keseluruhannya dan ia merupakan satu modifikasi lengkap. Pintu bukaan ‘scissors’ dan atap kereta yang ditebuk, memberi dimensi lain kepada Wira dengan layangan warna merah ini.

Kalau diteliti satu persatu, Wira ini dibina dengan dua sistem audio tetapi menurut pemasangnya, Energy Power yang beroperasi di Ipoh, sistem audio di bahagian belakang yang mahu diberi fokus. Baiklah, bermula dengan Pioneer 3050UB dari siri DEH untuk membaca setiap perincian data dan dibantu pula oleh 2 unit pre-amp. Masing-masing dari jenama Caliber AP-777 dan Adams Digital; pre-amp Adams Digital digunakan untuk memberikan julat yang tepat kepada 2 unit amplifier 4 channel bertugas memacukan barisan mid bass yang diselaraskan di bahagian bonet kereta.

Dipecahkan kepada 3 laluan yang diketuai 2 unit amplifier 4 channel Frequency dan seunit amplifier monoblock Mohawk siri Silver MS-2000.1. Amplifier 4 channel yang pertama digunakan untuk memacu 4 unit mid bass 6” Prokick yang ditempatkan agak tersorok dalam perumah khas kustom made, di bawah gugusan 4 unit woofer. Amplifier kedua pula memacu 4 unit mid bass 6” dan 2 unit horn tweeter yang dilekatkan pada penutup bonet belakang. Manakala seunit monoblock tunggal ditugaskan memacu 4 woofer Prospec tadi. Mungkin membacanya kepala pening tetapi tidak sekiranya anda melihat susun atur yang kemas.

Sebagaimana yang boleh dilihat menerusi mata kasar, tenaga bunyi yang dihasilkan sistem audio ini luarbiasa. Malah, seperti yang diperkatakan di awal tadi, Wira ini juga sangat unik. Ini kerana, Energy Power telah membekalkan segugus lagi kekotak speaker simpanan yang terdiri dari dua unit mid bass dan dua unit tweeter. Bila-bila masa sahaja pemilik mahukan bunyi yang gila-gila kuat, speaker simpanan ini akan di keluarkan. Sungguh kreatif!

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 48

Previous Post

Audio Reloaded

Next Post

Harga RON95, RON97 Naik 3 Sen

Next Post

Harga RON95, RON97 Naik 3 Sen

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved