Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Archive : Gabungan Harmoni Mercury

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-12-27
in SHOW OFF, UTAMA
0


Pernah muncul beberapa kali di ruangan ini, Frings Car Audio & Tinted Specialist atau lebih dikenali sebagai Frings sudah pun mempunyai pengikut tersendiri. Ini dapat dilihat menerusi laman sosial rasmi mereka di Facebook. Pelbagai kereta telah menerima perkhidmatan dan sentuhan dari tenaga Frings, khususnya dalam kerja-kerja pembinaan sistem audio. Salah satu kereta dengan sistem audio lengkap serta sempurna dan boleh ditemui di laman tersebut adalah Toyota Altis yang turut menjadi paparan edisi kali ini.

Kebanyakan kereta-kereta yang dipasang di sini lebih cenderung dengan pemasangan sistem audio talaan SQ. Pemasangan yang cukup kemas, Frings memastikan setiap pelanggan yang menghantar kereta ke sini dengan harapan tinggi tidak pulang tangan kosong. Dalam memastikan para pelanggan dapat mengetahui tentang proses pembinaan sistem audio pada kereta mereka, Frings berkongsi setiap perkembangan dengan mengemaskini laman sosial pada setiap masa. Secara tidak langsung, ia dapat menghubungkan Frings bukan sahaja dengan para pelanggannya malah, menarik perhatian para pencinta audio di luar sana yang masih mencari installer yang sesuai untuk kereta kesayangan masing-masing.

Walaupun menerima persaingan sengit dari model-model lain, populariti Toyota Corolla Altis ini masih kukuh dan tidak hairanlah jika ia mencatatkan jualan yang tinggi dan menjadi antara model terlaris dunia. Kejayaan dicatatkan Altis ini adalah disebabkan pengaruh kekuatan jenama Toyota sendiri yang dikenali sebagai kereta yang jarang menghadapi sebarang masalah serta khidmat selepas jualan yang cemerlang. Didatangkan dengan beberapa ciri istimewa termasuklah aerokit dan sistem multimedia DVD-AVN dengan navigasi satelit.

Namun bagi sistem audio yang dipasangkan oleh Frings pada Toyota Altis ini, sistem multimedianya telah digantikan dengan pemain Alpine DVA-9965. Pemain ini membolehkan anda memainkan pelbagai jenis format audio dari Dvd, CD serta CD yang dimuatkan MP3 dan WMA. Tiada amplifier internal untuk memaksimakan kualiti bunyi serta meminimakan bunyi bising didatangkan bersama sebaliknya penambahan amplifier diperlukan untuk memacu speaker. Output pre-amp bina-dalam menghantar isyarat dengan kualiti cemerlang ke amplifier menjadikan prestasi bunyi yang dihasilkan lebih hebat lagi.

Bagi menambahkan kecemerlangan kualiti isyarat yang dihasilkan oleh pemain tadi, Frings telah menambah seunit pemproses bunyi digital Alpine PXA-H800 sebelum isyarat dihantar ke setiap 3 unit amplifier yang digunakan untuk sistem audio Toyota Altis ini. Dikawal oleh Alpine RUX-C800, ia membolehkan pemilik yang juga memandu mengawal bunyi yang diinginkan pada bila-bila masa mengikut citarasa kerana ada masanya, citarasa akan berubah-ubah mengikut keadaan, betul tak?

Kemudian, isyarat yang dihasilkan di bahagian pemproses ini dipecahkan kepada 3 laluan baru mengikut 3 unit amplifier yang digunakan untuk memacu bahagian speaker. Laluan pertama, isyarat dipancarkan ke amplifier 4 channel Mercury MCR-4200 yang memacu 2 unit mid bass Radical Audio, RA-16-2-RF yang diletakkan di kedua-dua belah panel pintu. Mengharmonikan bunyi di bahagian kabin, Frings telah memasang mid range dan juga tweeter yang diletakkan secara unik di bahagian dashboard dan juga di pillar A.

Membekalkan bunyi berfrekuensi tinggi pula adalah dua unit tweeter dari Radical Audio yang dipasangkan pada kedua-dua belah pillar A yang telah dibina khas untuk memuatkan kedua-dua tweeter ini. Apa yang menarik pada bahagian ini adalah, cara ia dipasangkan dan kedudukannya. Dua unit mid range Radical Audio RAX-85, dipasangkan di kedua-dua sudut dashboard dan dimasukkan pada perumah kustom yang dibina khas yang mirip kepada bentuk rebana. Menarik bukan?

Namun, apa yang penting adalah, kedudukan ini adalah untuk mewujudkan staging yang tepat dan agar bunyi yang dihasilkan setiap speaker bergabung dengan cukup sempurna dan seimbang. Oh ya, sebelum terlupa. kesemua speaker ini dipacukan pula oleh unit kedua amplifier 4 channel Mercury MCR-4200. Selesai di bahagian kabin, berganjak pula kepada bahagian yang tidak kurang pentingnya. Dipacukan oleh seunit amplifier monoblock Mercury MCR-800.1, seunit woofer 12” Radical Audio RA-12W telah digunakan seterusnya melengkapkan sistem audio Toyota Altis ini.

Jika bahagian kabin tadi telah dipasangkan secara unik, bahagian belakang juga tidak kurang hebatnya. Ruang belakang yang juga tempat meletak barang ini seakan tidak disentuh dan memiliki ruang yang luas serta mampu memuatkan pelbagai barang. Kesemua amplifier dan juga pemproses digital tadi telah dipasangkan pada perumah khas yang kemudiannya ditutup dengan gelas arkilik. Begitu juga dengan seunit woofer yang ditempatkan pula dibahagian tepi. Menambah serinya pula adalah penambahan lampu seakan ‘highlight’ kepada setiap aksesori audio ini. Prestasi audio cemerlang, persembahan yang menarik hasil sentuhan Frings!

Previous Post

Archive : Uniquely Blaupunkt

Next Post

Elvin dan Suki, pasangan sejoli

Next Post

Elvin dan Suki, pasangan sejoli

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved