Di kesempatan ini, Kar HiFi ingin mengucapkan tahniah kepada salah seorang peminat tegar dunia audio dan autoshow, Elvin yang baru sahaja menamatkan zaman bujang beliau bersama gadis pilihannya Suki.
Beliau yang bergiat aktif dalam dunia modifikasi tanah air amat disenangi ramai khususnya para penganjur kerana sering memberi sumbangan serta sokongan tanpa mengira waktu.
Sekali lagi, admin mewakili pihak Kar HiFi mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal bahagia sehingga akhirnya.