Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Archive : Uniquely Blaupunkt

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-05-22
in SHOW OFF, UTAMA
0


Blaupunkt adalah antara jenama audio Jerman yang telah lama tenggelam dalam arus perdana, namun senario berubah bermula era milenium lalu yang menyaksikan Amici giat mempromosikan jenama ini khususnya di pasaran Malaysia. Amici telah membelanjakan sejumlah bajet yang besar untuk mempromosikan Blaupunkt (disebut ‘blue’-‘punk’) dan salah satunya ialah membina kenderaan khas yang mampu mendemonstrasikan setiap produk garisan utama yang mereka ada.

Berbeza dengan jenama buatan China yang membanjiri pasaran audio hari ini, Blaupunkt masih setia dengan tradisi perniagaan stail Jerman yang mengutamakan kualiti dan juga servis selepas jualan. Daihatsu Gran Max ini merupakan projek yang menampilkan sebuah ‘jukebox’ sebenar dari Blaupunkt. Keluaran bunyi maksimum bukanlah matlamat utama ia dibina tetapi penampilan yang lebih utama.

Semasa road-show di pusat beli belah, anda tak perlukan bunyi yang melepasi 100 dB, tapi cukup dengan resepi peragaan yang unik. Sebelum audio dipasangkan pada panel van, bahagian kosmetik telah dikemaskan terlebih dahulu dengan pemasangan pelekat gaya lama Blaupunkt di segenap bahagian.

Dua sistem berbeza dipasangkan. Satu di bahagian kabin depan dan satu lagi di kawalan pada panel badan belakang. Di hadapan, sistemnya agak mudah. Pemain cakera padat Blaupunkt New York 830 digandingkan bersama dengan set komponen VC 652 yang terdiri dari 2 unit mid bass 6”, 2 unit crossover pasif dan 2 unit tweeter. Woofer? Seunit woofer 6” jenis aktif dipasangkan di bawah panel glove box. Amplifier? Tidak perlu. Kuasa yang mengepalai sistem ini diperolehi dari pemain utama tadi. Mujurlah woofer dari sistem aktif yang memiliki amplifier bina dalam berjumlah 50 watt RMS.

Di bahagian belakang lebih meriah. Terdapat 10 unit amplifier berbeza dipasangkan di dinding kebuk panel lori ini. Setiap satunya memiliki fungsi berbeza dan aturan pendawaiannya dibuat terus dari unit pemain utamanya M4010DVD yang dipasangkan pada dinding belakang. Pemain ini menghantar isyarat visual kepada tv LCD 32” Toshiba yang dipasangkan kemas untuk tontonan dari sudut belakang.

Dari 10 unit amplifier yang dipasangkan, 4 daripadanya ialah pembekal kuasa kelas D model GTA 1500D. Setiap satu dari amplifier ini bertanggungjawab membekalkan kuasa kepada unit woofer Blaupunkt GT Power 1200W yang pastinya lebih dari mencukupi. Woofer-woofer ini dihalakan ke bahagian belakang setentang dengan kedudukan TV dan juga pemain tadi.

Dari 10 unit amplifier yang dipasangkan, 4 daripadanya ialah pembekal kuasa kelas D model GTA 1500D. Setiap satu dari amplifier ini bertanggungjawab membekalkan kuasa kepada unit woofer Blaupunkt GT Power 1200W yang pastinya lebih dari mencukupi. Woofer-woofer ini dihalakan ke bahagian belakang setentang dengan kedudukan TV dan juga pemain tadi.Bersama pada kedudukan ini ialah 4 unit speaker 2 way Blaupunkt GTx 803DE dan 4 unit speaker komponen Blaupunkt CX 130. Kuasa diperoleh dari 4 unit amplifier Blaupunkt GTA 270SP dengan fungsi pemproses suara digital binadalam. Seperti yang saya sebutkan dentuman bunyi maksimum bukanlah matlamat utama sebaliknya, fungsi setiap peralatan adalah tujuan utama lori ini dibangunkan.

4 unit tweeter tambahan Blaupunkt dipasang dengan kuasa dari 2 unit amplifier GTA 270SP. Pada penghujung penamatan sistem, keseluruhan sistem bunyi ini singgah pada sebuah pre-amp aftermarket yang bertujuan memudahkan pelarasan. Misalnya, jika anda mahu gandingan suara woofer dan komponen maka, speaker 2 way akan ditutup terus dan begitulah sebaliknya.

Kehadiran kenderaan demo seperti ini menunjukkan bahawa pasaran audio aftermarket masih lagi mendapat tempat di kalangan pelanggan tempatan. Di sebalik keengganan pihak pengeluar kenderaan mengiktiraf pemasangan aksesori (yang melibatkan masalah jaminan), pengedar peralatan aftermarket terpaksa memikirkan cara berbeza termasuklah meneroka pasaran berbeza dengan cara baru.

Tags: blaupunkt
Previous Post

Labuan Car Audio & Food Carnival 2019

Next Post

Archive : Gabungan Harmoni Mercury

Next Post

Archive : Gabungan Harmoni Mercury

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved