Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Proton Catat Peningkatan, Mengatasi Jumlah Jualan Tahun Lepas

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-09-03
in BULETIN, UTAMA
0

Proton Holdings Bhd telah menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada bulan Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lepas, tetapi turun 14 peratus berbanding bulan Julai. Pegangan pasaran untuk bulan ini dianggarkan berada pada 21.6 peratus manakala angka sejak awal tahun sehingga kini dianggarkan pada 21.7 peratus, kata syarikat pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan hari ini.

“Dengan pencapaian jualan sebanyak 61,672 unit setakat bulan Ogos 2020, Proton telah mengatasi jumlah jualan tahun lepas dalam tempoh yang sama sebanyak 46 unit. Pencapaian ini amat bermakna kerana jualan kenderaan terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada bulan Mac, April dan Mei untuk membendung penularan wabak COVID-19,” katanya.


“Tiga model Proton berjaya mendahului jenama lain dalam segmen masing-masing. Proton Persona dan Proton Exora sekali lagi mencatat jualan tertinggi dan berjaya mempertahankan kedudukannya walaupun menghadapi persaingan sengit dari jenama lain,” katanya.

Ketua pegawai eksekutif Proton Edar Roslan Abdullah berkata pemulihan jualan setelah mengalami PKP amat mengagumkan kerana Proton hanya mengambil masa tiga bulan untuk kembali ke landasan yang betul.

“Dengan pencapaian jualan kini telah mengatasi prestasi tahun 2019, kami yakin boleh menangani cabaran yang dicetuskan oleh wabak COVID-19.

“Kesan yang positif terhadap syarikat, pekerja dan pembekal tidak boleh dipandang rendah dan kami berharap untuk meneruskannya sehingga akhir tahun untuk memberikan impak yang besar terhadap ekosistem industri automotif,” kata Roslan. — BERNAMA

Previous Post

Elegant & Confidence Kekal Praktikal Sebagai Kereta Harian

Next Post

Ka Ching, Bukan Kaleng-Kaleng!

Next Post

Ka Ching, Bukan Kaleng-Kaleng!

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved