Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Kelisa Eros, Born To Rule

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-10
in SHOW OFF
0

Konsep pengubahsuaian kereta boleh tertakluk kepada macam-macam cara. Anda boleh pilih untuk mekap kereta nampak laju, mekap gaya autoshow, ubahsuai audio, tingkatkan kuasa enjin, tayar kangkang dengan bodykit atau mekap bebas tak tentu hala seperti “jek” bahagian belakang macam kereta rali.

Kereta masing-masing, hak masing-masing dan bila modified, jangan pedulikan selera orang lain. Kita punya rasa, kita punya sukalah. Barulah pengubahsuaian kereta nampak meriah.

Kita mungkin biasa bertemu dengan kereta acah-acah racing dengan sangkar perlumbaan (roll cage) yang menghiasi bahagian kabin kereta. Pasang tali keledar perlumbaan, secara automatik, kereta nampak garang.

Tapi macam mana pula kalau gabungkan dengan kesemua yang saya sebutkan di atas?

Lihat contoh Perodua Kelisa ni. Ia ada stail perlumbaan, bodykit dan camber tayar gaya hellaflush dan juga seni audio yang tak kurang hebatnya. Selepas membelek-belek foto ini beberapa kali, saya perasan yang ia memang kreatif!

Kereta ini dibina kemas mengikut aturan yang betul. Bahagian dalamannya dilengkapi dengan rollcage enam titik yang merangkumi bahagian tengah dan belakang. Sementara itu, sebuah bar penyokong disilangkan pada bahagian kerusi belakang.

Apa yang menghairankan, walaupun memiliki imej perlumbaan, kereta ini sebenarnya turut didatangkan dengan sistem audio untuk pameran. Walaupun tidak secanggih kereta-kereta lain yang pernah kami paparkan sebelum ini, ia masih unik dan sesuai untuk kereta ini.

Sistem ringkas kereta ini tertumpu pada bahagian belakangnya sahaja. Sebelum dipadankan dengan komponen audio, perumah khusus dibuat terlebih dahulu bagi memuatkan seunit amplifier empat saluran Eros, set speaker Eros 6.5” dan juga seunit woofer 12”.

Sistem ini mendapat isyarat bunyi dari pemain utama Pioneer dan juga seunit pre-amp 12 frekuensi daripada Adams Digital. Siap!

Eh nanti dulu. Bahagian luar kereta ini antara yang menyebabkannya dikunjungi orang ramai ketika dipamerkan pada mana-mana pameran autoshow.

Lihat pada permukaan warnanya yang sedikit terang dari hijau Petronas. Menambah gaya sporty nya ialah set arch roda yang “menolak” bahagian sisinya lebih 4 inci daripada asal. Gaya tersebut disudahkan dengan pemadanan rim Atara Racing 15 inci dengan offset -15.

Kemudiannya, bahagian belakang dipasangkan dengan bumper Daihatsu Mira Gino dan apa yang lebih menonjol ialah set sayap GT baya Bensopra yang dipasangkan pada sebuah kereta mikro.

Ini baru betul-betul siap!

Previous Post

KLIMS 2018

Next Post

EMMA Malaysia Heat 2 and Asia Final 2018

Next Post

EMMA Malaysia Heat 2 and Asia Final 2018

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved