Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

God Of War

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-12-20
in BULETIN, SHOW OFF
0


Dah nama pun pemilik kedai aksesori kereta, pasti kereta sendiri tidak terlepas dengan pelbagai modifikasi dan penambahan aksesori yang gah belaka. Kereta yang menjalani modifikasi lengkap ini adalah milik saudara Thevamanogaran yang merupakan seorang peniaga berjaya. Selain menjalankan perniagaan kedai aksesori audio kereta yang dikenali sebagai Maruthi Car Audio Accessories, Thevamanogaran juga mempunyai sebuah perniagaan kedai emas Sam Jewellers Sdn Bhd.

Siapa kata hobi bermain kereta menghalang seseorang dari berjaya?

Ini bukan kali pertama pihak KarHiFi berkesempatan meluangkan masa dengan seorang peminat modifikasi yang bukan calang-calang. Sebelum ini, seorang doktor pernah berkongsi cerita tentang hobinya bermain audio kereta. Walaupun sudah berhenti bertugas sebagai doktor, beliau kini sibuk mengusahakan perniagaan dan sering terlibat dalam mana-mana program yang melibatkan dunia modifikasi kereta.

Kali ini, giliran saudara Thevamanogaran dari Tasek Gelugor pula dengan keretanya yang telah menjalani proses modifikasi lengkap. Apa yang dikatakan sebagai modifikasi lengkap? Lihat sahaja kereta Toyota Vios miliknya yang telah dimodifikasi dari sudut prestasi, penampilan eksterior dan interior serta mempunyai sistem audio yang bukan sekadar memenuhi kriteria sebuah kereta autoshow.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, ada pemilik kereta yang terpaksa memuatkan sistem audio semata-mata untuk memenuhi syarat pertandingan autoshow. Ada yang mengisi 2 subwoofer, 2 buah speaker dan mengekalkan pemain utama stok kilang. Bunyi pun biasa-biasa sahaja. Berbeza dengan kereta Vios Thevamanogaran yang memasang sistem speaker talaan SPL dan dilengkapi pula bersama beberapa unit monitor untuk memenuhi hiburan visual.

Bagi menzahirkan satu lagi minatnya iaitu permainan video, Thevamanogaran telah memilih tema God Of War yang tidak asing lagi dengan kaki-kaki video game. Betul tak? Tampil garang, tema ini bukan sahaja dipilih untuk bahagian eksterior malah diteruskan pada bahagian interior. Saudara Thevamanogaran telah menggunakan khidmat MNG Car Dreamy untuk kerja-kerja air brush yang berlokasi di Simpang Empat, Pulau Pinang.

Sebelum itu, beliau mendapatkan body kit custom dari Sky Sony Car Bodykit di Sg Petani. Selebihnya, Thevamanogaran mendapatkan aksesori kereta dari LS Bro Car Accessories di Simpang Empat. Seterusnya, beliau mendapatkan aksesori audio di kedainya sendiri Maruti Car Audio Accessories. Bagi memasang sistem audio pada Vios ini, beliau telah menghantarnya ke installer yang tidak asing lagi khususnya di bahagian utara iaitu UTI Audio Sg Petani, Kedah.

Yakin dengan reputasi yang dipegang installer ini, Thevamanogaran yang juga salah seorang ahli Stingers Motosports Malaysia memberi kepercayaan penuh untuk membina sistem audionya dan digalas sebaik-baiknya oleh UTI Audio. Pemasangan sistem audio ke atas kereta Toyota ini tidak rumit, hanya menggunakan sebanyak 6 unit speaker keseluruhannya yang terdiri dari 2 unit mid 10”, 2 unit tweeter dan juga 2 unit woofer 12” semuanya berjenama DK.

Bagi memacukan keseluruhan speaker ini, UTI Audio telah memasang 2 unit amplifier; seunit amplifier 2 channel dan seunit amplifier monoblock yang dibantu oleh 2 unit pre-amp 7 band. Kesemua speaker yang dipacu oleh barisan amplifier ini telah dihimpunkan di satu tempat bagi memberikan bunyi yang optima iaitu di bahagian tempat letak barang dalam perumah khas. Bahagian pertama dikhaskan untuk menempatkan 2 unit woofer, yang dipasangkan secara terbalik dan disimpan dalam perumah berkaca.

Seterusnya, 2 unit speaker 10” dan tweeter dipasangkan dalam perumah khas yang dilekapkan pada penutup bonet. Bukan itu sahaja, UTI Audio telah menanamkan sebanyak 24 unit monitor di bahagian dalam dan juga di ruang simpan barang. Di bahagian belakang, sebanyak 10 unit monitor bersaiz besar dan 2 unit monitor bersaiz besar. Selebihnya dipasangkan di keempat-empat panel pintu di bahagian hadapan. Fuh, jenuh juga nak melayan monitor-monitor ni.

Sebelum terlupa, Thevamanogaran telah menukar dua panel pintu kepada jenis scissors. Mungkin, sesuai dengan tema God Of War. Walaupun agak bercelaru tetapi kereta milik Thevamanogaran ini harus dipuji kerana kekal menggunakan satu tema. Tidak cukup dengan bahagian interior dan eksterior, bahagian enjin juga turut dikenakan dengan tema ini.

Previous Post

Mace – The Biggest Car Audio Competition East Malaysia (Miri)

Next Post

MAXOC Midnight Only AOR 2019

Next Post

MAXOC Midnight Only AOR 2019

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved