Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Mace – The Biggest Car Audio Competition East Malaysia (Miri)

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-12-20
in BULETIN, UTAMA
0

https://karhifi.com/wp-content/uploads/2019/12/10000000_1016704298682229_7260055947213035030_n.mp4

Acara pertandingan audio yang amat dinanti-nantikan para peminat negeri Sarawak khususnya Miri akhirnya berlangsung dengan jayanya. Dianjurkan dengan usahasama Mobile Audio Challenge Entertainment (MACE) dan Option Car Accessories, pertandingan ini turut mendapat sokongan dan kerjasama Permy Mall selaku penaja lokasi yang terletak di Bandar Baru Permy Jaya, Miri, Sarawak.

Bagi memastikan penganjuran pertandingan MACE ini berjalan lancar, beberapa nama lain turut memberikan kerjasama dan mengambil bahagian selaku penaja. Antara barisan penaja yang bertanggungjawab menyemarakkan lagi penganjuran pertandingan MACE di Miri ini termasuk Asia Car Audio Accessories, BASC Bintulu, Chong Digital Audio & Car Accessories Enterprise, Battery Store Leong Yong dan banyak lagi.

Para peminat audio tidak melepaskan peluang mengambil bahagian untuk menguji kemahiran dengan mempersembahkan sistem audio yang telah disediakan sejak beberapa bulan lepas sebelum acara ini diadakan. Malah, ada yang menggunakan kesempatan ini meminta pandangan serta tips pemasangan sistem audio yang cemerlang. Barisan juri pula terdiri dari mereka yang berkemahiran tinggi serta arif dengan selok-belok pertandingan.

Sebagaimana yang diketahui, pertandingan audio MACE ini bukan sahaja semata-mata tentang sistem audio malah kemahiran mendengar, teknologi, nilai-nilai tanggungjawab serta sikap peserta sendiri. Bukan sahaja barisan juri, malah para peserta lain diberikan kesempatan mendengar sistem-sistem audio yang dipertandingkan. Ini secara tidak langsung mengasah dan mengukuhkan kemahiran mendengar para para peserta dan dalam masa yang sama, mengetahui kelebihan dan kelemahan kereta-kereta lain yang dipertandingkan.

Selain pertandingan audio sebagai tarikan utama, penganjuran pertandingan MACE ini juga memberi ruang dan peluang kepada para peniaga tempatan untuk mempromosi dan menjual produk perniagaan masing-masing. Bukan sahaja produk atau aksesori kereta, malah perniagaan lain seperti makanan, minuman dan macam-macam lagi mendapat peluang yang sama. Kehadiran para peniaga ini sekali gus memudahkan para peserta untuk berehat dan menjamu selera sementara menunggu keputusan dari pihak juri.

Acara yang berlangsung selama 2 hari bermula dari 14 Disember hingga 15 Disember lalu ini turut dijayakan oleh beberapa nama lain seperti MACE International, APC AutoPlate Corner, MAGNAX Lubricants, MDNTOISH, STARCAR Car Audio Accessories, Mcsonic, OTTOMAN, Fox Sport Centre, E&V Salon, MAE Miri Auto Event, Miri Street Autofest dan WestCoast Custom. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan diharapkan, acara pertandingan MACE akan terus diadakan di Miri sekali gus memperhebatkan lagi persada dunia audio di Malaysia.

Previous Post

Gasper Suspension

Next Post

God Of War

Next Post

God Of War

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved