Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang lalu, orang ramai mula mengambil peluang kembali menjalani rutin harian seperti biasa. Tidak kurang juga yang bercadang untuk berkunjung ke pusat-pusat aksesori untuk membaiki dan meningkatkan prestasi kereta masing-masing. Jika anda mempunyai niat yang sama dan tinggal berhampiran Kampong Pantai Remis di negeri Perak, jangan lepaskan peluang mengunjungi YQ Power Car Audio Accessories.
Selain menawarkan perkhidmatan berkaitan audio kereta dan menjual pelbagai produk audio dari jenama terkenal seperti Mdntoish, YQ Power Car Audio Accessories juga menyediakan perkhidmatan lain. Antaranya termasuk penjualan dan pemasangan filem penapis haba serta servis penyaman udara. Pendek kata, anda tidak perlu pergi ke installer lain.
Sementara menunggu sistem audio dipasang, anda juga boleh meminta nasihat dari tenaga kerjanya yang tidak lokek dengan ilmu pengetahuan. Bagi makluman anda, tenaga kerja YQ Power Car Audio Accessories ini telah menerima latihan dari tokoh audio terkenal iaitu saudara KV Low. Waktu operasi perniagaan installer ini bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga pukul 7.00 malam.
YQ Power Car Audio Accessories
No 206 Bawah Hala Desa Pantai
1, Taman Desa Pantai,
34900 Kampong Pantai Remis,
Perak Darul Ridzuan
No Tel: 018-9648255 (Qing Su)
Facebook : https://www.facebook.com/YQ-POWER-Car-Audio-Accessories-537148423284934/