Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Myvi I Like!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-07-09
in SHOW OFF, UTAMA
0

Semalam saya bercadang untuk membina sistem audio rumah. Ada beberapa jenis home theatre yang dicuba di kedai elektrik dekat-dekat kawasan pejabat ini. Kemudian cuba-cuba juga belajar dari forum di laman web berkenaan teknik, formulasi dan pemilihan peralatan. Selepas puas mengkaji dan membuat perkiraan, rupanya ada cara yang lebih murah dan bunyinya lebih bagus dari membeli jenis home theatre berjenama yang siap dengan set jualan.

Tahu apa yang saya buat? Saya mencuba sistem siar raya yang biasanya orang bina untuk majlis perkahwinan dan acara keraian. Rupanya-rupanya mencampur adukkan mixer, speaker, woofer, equalizer dan power amplifier dengan cara custom memberi kualiti bunyi dan kekuatan yang lebih baik. Semuanya boleh dilaras. Bergantung kepada kebijaksanaan orang yang memasang sistem itu sendiri. Bermula dari peringkat staging, bunyi keliling hinggalah bass yang meletup-letup dan itupun dengan harga yang murah. Wow!

Terpikat, memang terpikat tetapi adakah ia berjaya memikat saya untuk membeli sistem ini dan sekaligus memilikinya?

Baiklah, kita tinggalkan cerita itu. Sekadar penambah rasa. Namun begitu, satu fakta atau hakikat yang tidak boleh disangkal adalah muzik boleh mengubah citarasa dan hobi sesetengah orang. Dari sudut negatifnya, ia menyedut duit dengan cepat apatah lagi jika anda seorang yang bertelinga sensitif. Berbeza dengan sistem audio rumah, sistem audio kereta lebih susah dibuat dan belanjanya tinggi. Perkara ini memang sukar untuk dinafikan lagi. Buktinya, anda sendiri sudah lihat dengan paparan yang lepas-lepas. Namun, ia tidak menjadi masalah, selagi ianya mampu memberikan kepuasan hati. Tak begitu?

Kereta ini adalah satu contoh sebuah sistem yang memakan wang bila kualiti bunyi menjadi isu. Pemiliknya kami temui ketika berkunjung ke Terengganu. Dari pemerhatian peribadi saya, kereta ini bukan sahaja memiliki bunyi yang dinamik, malah ia lengkap dengan pengubahsuaian yang bersesuaian. Tidak terlalu ringkas dan juga tidak ekstrem. Pengubahsuaian yang dilakukan, sedang-sedang sahaja. Tapi, tak bermakna kualiti yang dihasilkan sistem ICE Myvi merah ini pun sekadar sedang-sedang.

Perodua Myvi keluaran 2007 ini memulakan proses tingkataraf dengan menukar pemain utamanya terlebih dahulu. Sistem pemain binaan-dalam Myvi ini dirombak dengan memasang kit perumah aftermarket bersama pemain 2-din Isotta. Ingatkan roda stereng saja ada jenama ni. Rupa-rupanya pemain utama pun ada. Asalkan ia mempunyai fungsi main balik DVD, tuner yang jelas, itu sudah cukup memuaskan hati pemiliknya.

Pemain ini disambungkan pada pre-amp 7 band Caliber CPE-7074. Dari sini, laluan sistem dipecahkan kepada 3 laluan amplifier. Amplifier tersebut ialah SM2-400 dan dua unit SM4-800. Unit SM2-400 merupakan amplifier dari Autotek berkapasiti 2 channel yang didedikasikan untuk mid bass komponen Autotek ATK165. Mid bersaiz 6.5” ini turut didatangkan lengkap bersama crossover pasif dan 2 unit tweeter.

Ia dipasangkan di bahagian panel pintu dengan perumah khas. Jika anda tidak biasa dengan Myvi, kereta ini tidak mempunyai speaker pintu, pembesar suara depan terletak di bahagian hujung pillar A bersaiz 4.25” dan meletakkan mana-mana speaker lain di situ memang tidak akan dan tidak pernah dibuat orang. Dek kerana kereta ini popular, perumah khusus pada pintu ini ada banyak jenis dan saya pernah jumpa yang diperbuat dengan gentian karbon.

Keseluruhan laluan kedua dan ketiga untuk sistem Myvi ini terletak di bahagian but. 2 unit amplifier Autotek SM4-800 menerajui laluan ini dan memacu 2 unit woofer 12” Autotek SM12-DH. Kedua-dua unit woofer ini diletakkan di kedua-dua sisi but. Cantik bukan pemasangannya? Tidak perlu susah membuat ukuran dan dimensi kotaknya kerana ia sudahpun dijual meluas di pasaran. Kedudukan ini bukan sahaja bagus untuk dinamik bunyi, malah ia menjimatkan ruang.

Bahagian tengah yang kosong tadi telah dipasangkan dengan tiga unit speaker yang didatangkan sekali dengan tweeter, speaker coaxial. Barisan speaker ini dibina untuk menyokong sistem bunyi belakang tatkala kereta ini digunakan untuk persembahan. Perumahnya diperbuat daripada kayu, tetapi sebelum itu, lantai but telah diubahsuai dengan membuang tayar ganti kepada lokasi 2 unit amplifier Autotek yang dilitupi perspek cerah. Gabungan peralatan ini dengan warna merah-hitam membuatkan ruang bagasi kereta ini sangat kemas dan garang.

Kit sampingan yang dikenakan seperti lips dan skirting sisi hitam kelihatan kontras dengan warna merah. Badannya dilitupi pelekat Bushido yang kelihatan tidak keterlaluan, mungkin kerana hanya warna perak-hitam digunakan. Kalau sistem bunyi dijadikan perbandingan dan modifikasi diambil markah, Myvi ini memang layak menang podium pertandingan. Kemas dan sempurna. Kalau kereta ini diletakan di dinding facebook, pasti ramai yang tekan ‘LIKE’. Saya Like, anda bagaimana?

* Artikel ini disiarkan dalam majalah KarHiFi edisi 30

 

Previous Post

Setelah Lebih 80 Tahun Pengeluaran, Casis Besi Dari Morgan Sejak 1936 Telah Ditamatkan Pengeluaran

Next Post

YQ Power Car Audio Accessories

Next Post

YQ Power Car Audio Accessories

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved