Sebenarnya dalam dunia audio ini pun ada pilih bulu. Kalau SPL, mesti kawan-kawan sekepala SPL juga. Tak layan dah yang setting SQ atau setup lain. Itu baru setting, ada juga yang pilih pakai jenama audio dan kereta. Jadi, sampai bila kita nak ‘berpolitik’ dengan memilih bulu begini kerana sudahnya nanti, apa-apa pun tak maju.

Mungkin tidak ramai yang tahu tentang beberapa jenama audio yang berada di pasaran. Namun, itu tidak bermaksud jenama tersebut tidak bagus. Cuma kurang pendedahan. Berbalik kepada kenapa anda memilih untuk bermain audio dalam kereta. Adakah semata-mata untuk memuaskan diri sendiri atau memuaskan hati orang lain demi nak dapat ramai kenalan?
Tak kisahlah apa juga jenama kereta, jenama atau setting apa yang anda pakai, yang paling penting happy. Anda happy, semua benda nampak berseri. Biarlah orang lain benci, itu namanya dengki. Tak gitu?
Nama
Ibrahim bin Mohamad
Kereta Pertama
Perodua Kelisa
Kereta Impian
Mini Cooper
Kereta
Perodua Kelisa

Head Unit
A Speed AU-A/9000B

Equalizer
– Pre-amp 7 band Ice Stereo PA-15168
Amplifier
– 2 unit amplifier 2 channel Coustic
– 1 unit amplifier monoblock Kicker SX1250.1D

Speaker (Hadapan)
– 4 unit mid bass 6” JVC
Speaker (Belakang)
– 4 unit mid bass 6” Ice Stere
– 2 unit horn tweeter Auxdio

Woofer
– 2 unit woofer 12” Ice Stereo
Setting
SPL
Kos Modifikasi
– Tiada
Kenangan Pahit
– Tiada

Kenangan Manis
– Mengikuti audioshow
Lokasi Impian
– Jepun
Bagaimana Boleh Minat Audio Kereta
Lihat audioshow
Pendorong
Kawan-kawan
Kelab
Blaster Crew, Sioloon Sandakan dan Smart Garage
Pusat Pemasangan
Bengkel Blaster Crew, Lot 1, Block B8, Bandar Labuk Jaya, 17 Labuk Road, 90000 Sandakan, Sabah. No Tel : 012 – 8186 117.





















