Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Wira Yang Menggetarkan Halwa Telinga!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-10-01
in SHOW OFF, UTAMA
0

Ketika Proton memasuki fasa demi fasa pembaharuan, ternyata kerjasama yang dijalin bersama Mitsubishi dulu yang mengekalkan reputasi mereka. Tengok saja pada model Wira dan Satria yang masih lagi unggul sebagai pengangkutan harian. Yang mana saya kira semuanya bebas hutang, diberi sebagai hadiah kepada anak, atau kekal sebagai transportasi harian bagi mereka yang tidak percaya pada harga kereta baru dan sistem pinjaman yang semakin karut.

Pada harga serendah RM5 ribu anda sudah boleh memiliki kereta ini dalam keadaan roadworthy dan cukup sifat. Murah dari tu biasanya banyak yang perlu dibaiki. Tapi, kalau lihat dari perspektif yang lain, beli kalau memang khas untuk binaan semula, buat untuk perlumbaan, buat autoshow atau buat sistem audio, kondisi asas sudah mencukupi.

Jadi bagaimana kalau ianya untuk projek audio skala sederhana? Bagus. Ia sebuah kereta sedan yang memiliki sifat asas audio ; ruang. Kereta Proton Wira ini adalah salah sebuah kereta demo milik pengedar audio jenama Hertz di Malaysia dan beberapa bulan lalu kami pernah menyiarkan sebuah Toyota Rav4 generasi pertama mereka yang telah menjalani proses transformasi serupa.

Cuma kereta ini agak ‘ringan’ dari segi kemasukan peralatan audionya. Trim dan kemasan audionya juga sederhana dan untuk sesiapa yang perlukan idea, kereta ini boleh dijadikan contoh platform yang menarik.

Media utama bagi sistem kereta ini ialah seunit pemain Alpine W202 berkemampuan Dvd yang diletakkan di konsol asal bahagian tengah. Kalau ada kekurangan, maka inilah dianya. DIN untuk pemain audio Wira ini terletak di bahagian bawah yang menyukarkan audien dari belakang untuk menonton imej visual. Yalah, kereta pun teknologi awal 90-an. Waktu itu jurutera pun tak terfikir pun satu hari nanti orang akan menonton filem dalam kereta.

Itu bukanlah kekurangan mutlak. Sudah tentu, pembinaan sistem audio tidak hanya terletak pada hasil visual semata-mata sebaliknya keseragaman bunyi jauh lebih penting. Pusat kuasa entiti sistem diperkuatkan dengan dua unit amplifier iaitu Hertz HCP4 dan Hertz HCP 1D. Kedua-dua amplifier ini kemudiannya membahagikan isyarat dan memperkuatkannya untuk 2 set fungsi yang berbeza.

HCP4 adalah amplifier 4 saluran yang membekalkan kuasa pemprosesan kepada set speaker komponen Hertz DSK 165.3. Dua set ini dilengkapkan masing-masing pada bahagian kokpit hadapan dan juga hud belakang. Dari segi kosmetik, bahagian kokpit kereta ini tidak menunjukkan perubahan yang ketara. Tweeter dipasang pada perumah pillar A dan speaker mid bass yang dipasangkan semula pada panel pintu dengan penebat bunyi baru.

Kaedah pembikinan sebenar terletak dalam but belakang yang menampilkan set komponen DSK 165.3 kedua. Uniknya juga, set ini dipasang pada bootlid dengan perumah custom bukan gentian kaca yang selalu kita lihat. Sementara dalam ruang hud pula ialah sepasang subwoofer Hertz 12” model DS300.3 yang diletakkan saling menyebelahi di bahagian sudut kiri dan kanan but.

Proses kosmetik ini meliputi susunan semula dan kemasan yang menakjubkan untuk sebuah kereta yang nampak ‘biasa’ dari luarnya. Pihak installer telah menggunakan teknik pencahayaan yang betul. Tema warna lembut, dan trim yang cukup kemas hasil kerjanya. Posisi yang lazimnya menempatkan sub dihias dalam cara berbeza dengan memadankan kedua–dua unit amp yang disebutkan awal tadi. Amp Hertz HCP4 dan Hertz HCP 1D ini diletakkan dalam ruang perspex lutsinar yang dikelilingi cahaya LED amber oren dan biru lembut

Hasilnya sebuah sentuhan kraf yang lebih baik dinilai bersama kualiti bunyinya. Dari padangan mata kasar, nampak tak banyak perubahan tapi ‘jiwa’ kereta ini sudah tentu lagi menggetarkan halwa telinga berbanding sebuah Toyota Camry yang baru keluar dari pusat pameran semalam. Dapat tangkap maksud saya?

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 66

Previous Post

Pemain Android Base, Ringkas Tetapi Pantas

Next Post

Perhimpunan Ford Mustang Terbesar, Cipta Rekod Malaysia Book of Records

Next Post

Perhimpunan Ford Mustang Terbesar, Cipta Rekod Malaysia Book of Records

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved