Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Wira Bob Marley

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-08-20
in SHOW OFF, UTAMA
0

Love the life you live, live the life you love, merupakan salah satu kata-kata dari seorang ikonik muzik yang sangat dikenali di kalangan para pencinta muzik seluruh dunia, Bob Marley. Dilahirkan dengan nama Robert Nesta Marley, Bob Marley yang menghembuskan nafas terakhirnya hampir 36 tahun lalu iaitu pada 11 Mei 1981 telah meninggalkan sebuah legasi gergasi di belakangnya.

Walaupun hayatnya berakhir ketika masih muda dan penglibatan yang terlalu singkat, beliau sering menjadi inspirasi dalam pelbagai bidang khususnya bidang muzik, fesyen, politik dan juga budaya hidup di seluruh dunia. Antara yang menjadikan penyanyi kelahiran Jamaica ini sebagai inspirasi termasuk saudara Chandramohan, pemilik kereta Wira yang menghiasi ruangan Show Off kali ini.

Bertugas sebagai penggunting rambut, anak kelahiran Kepala Batas yang berusia 40 tahun ini merupakan salah seorang penggemar modifikasi kereta. Ini dapat dilihat dengan jelas menerusi kereta Wira Aeroback miliknya yang telah menjalani kerja-kerja modifikasi, sama ada dari sudut prestasi, interior, eksterior dan yang paling utama, sistem audio dengan talaan SPL.

Sistem audio dimulakan di bahagian kabin kereta yang diketuai seunit pemain utama jenama JVC. Uniknya bahagian kabin ini, bahagian lantainya dilapik hamparan berbulu putih. Sekali pandang tak ubah seperti asap-asap kayangan. Bukan sahaja diletakkan di bahagian lantai, malah turut dilapik atas dashboard. Mungkin juga ia sekadar hiasan. Berbalik kepada perjalanan sistem audio tadi, data yang dibaca menerusi pemain utama dihantar sebagai isyarat ke dua unit pre-amp 7 band.

Bagi laluan pertama yang didahului seunit pre-amp 7 band, isyarat dipecahkan kepada dua laluan baru untuk memacu dua unit amplifier 4 channel MDS. Seunit amplifier 4 channel ini berfungsi untuk menguasakan 8 unit mid bass 6.5” DK dan seunit lagi memacu sebanyak 8 unit tweeter DK. Manakala untuk laluan kedua dari seunit lagi pre-amp, digunakan untuk memacu 2 unit woofer 12” DK yang telah ditempatkan dalam sebuah perumah khas dan dipasangkan secara terbalik untuk memberikan lebih impak.

Mula menyertai arena autoshow sejak tahun 2013, Chandramohan yang juga ahli Club Titanz Motorsports sering kali menjadi tumpuan di setiap tapak acara-acara permotoran. Bukan sahaja kerana sistem audio sentuhan UTI Audio, malah keunikan air brush bertemakan Bob Marley hasil kerja KF Air Brush juga menarik perhatian. Semoga semangat perjuangan Bob Marley diteruskan Chandramohan dalam mewarnai dunia permotoran di Malaysia yang agak perlahan kebelakangan ini.

Previous Post

Brother's, The Largest Auto Accessories Outlet

Next Post

Iftar Ramadhan GAP

Next Post

Iftar Ramadhan GAP

CAPAIAN

  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved