
Program Amal Permotoran Negeri Perak ini dijayakan setiap tahun dalam bulan Ramadan. Tahun ini, ia dianjurkan buat kali keempat dengan kerjasama di antara Geng Autoshow Perak dan Usahawan Belia Botani. Setiap tahun, pihak penganjur menjemput anak-anak yatim dari Pertubuhan Nurkasih Bistari dari Tanjung Malim (Perak) untuk sama-sama meraikan bulan penuh kemuliaan ini.

Sempena penganjuran iftar ini, pihak penganjur turut mengadakan kutipan sumbangan barangan keperluan harian untuk disalurkan ke rumah anak-anak yatim Pertubuhan Nurkasih Bistari. Seramai 36 orang anak-anak yatim telah terlibat dalam aktiviti amal ini. Terdapat beberapa kelainan dipertontonkan kepada para hadirin termasuk aktiviti sampingan yang disediakan oleh pihak penganjur sepanjang aktiviti berlangsung.

Di antara aktiviti yang sempat diadakan termasuk persembahan drift (Manjong Drift), persembahan Split Fire (Team IZM Ipoh), persembahan Stunt Show (saudara Mat Rs), persembahan Autoshow Car (Geng Autoshow Perak), persembahan Ular (Mijie Snake) dan persembahan anak-anak yatim Pertubuhan Nurkasih Bistari. Bermula dari pukul 5.00 petang dan berlarutan sehingga 11.00 malam.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para penganjur dan penghargaan terima kasih kepada rakan-rakan permotoran yang hadir khususnya wakil-wakil kelab kereta seperti Team 4×4 dan Team Triton Perak, GTB (Geng Tayar Besar). Turut memeriahkan lagi aktiviti adalah artis terkenal tanah air iaitu Cat Farish, wakil media dari Astro Awani, duta Koyoko dan banyak lagi.

Pihak penganjur turut mengambil peluang ini untuk berterima kasih kepada para penaja yang sudi menyumbangkan barangan makanan dan minuman seperti Teh Ais Pyorr tajaan Fai, satey (satey, kuah kacang dan nasi impit) oleh Waklan, Air Soya, Laksa Sarang Botani BidAnjeWani dan banyak lagi. Sehubungan dari sambutan amat meriah ini, pihak penganjur akan berusaha menjayakannya setiap tahun. Semoga berjumpa lagi di tahun 2020.
























































