Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Usia Bukan Penghalang

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-01-05
in SHOW OFF, UTAMA
0

Muzik klasik yang dimainkan head unit sebuah kereta Mercedes S-Class 320 memang menarik perhatian. Tidak disangka rupanya pemilik kenderaan tersebut adalah seorang veteran. Zaman sekarang, bukan orang muda sahaja yang tahu menghayati hiburan dalam kereta ni. Kena pulak dengan muzik klasik. Huh! Memang layan….

Encik Syed Mohd yang berasal dari Johor Bharu sudah lama meminati audio dalam kereta. Selain membaca, hobinya juga ialah mendengar lagu. Namun atas kesibukan menjalankan perniagaan sendiri sebelum ini, membuatkan dia tidak begitu teruja untuk menukar sistem audio yang sedia ada pada Mercedes kesayangannya. Menurut Encik Syed, dia mengubahsuai sistem audio keretanya apabila benar-benar yakin dengan khidmat nasihat yang diberikan oleh sebuah pusat aksesori yang menjalankan khidmat pemasangan dan pelarasan sistem audio.

Tidak dinafikan, sebelum ini apabila ada sedikit masa terluang, En Syed pernah juga membawa keretanya ke pusat aksesori untuk mendapatkan khidmat nasihat sebelum mengubahsuai sistem audionya, Namun kebanyakan pusat aksesori sukar untuk menyakinkannya. Bukanlah cerewet, cuma berhati-hati kerana bukan sedikit modal yang dikeluarkan untuk proses modifikasi ini. Jadi biarlah berbaloi dan menepati citarasa. Kerana itulah sejak kereta tersebut dibeli pada tahun 1997, sistem audionya tidak pernah diubahsuai.

Hanya pada hujung tahun 2008, ketika dia baru berpindah ke Country Homes, Rawang. Dia telah membawa kereta kesayangan ke salah sebuah pusat aksesori pakar dalam pemasangan dan pelarasan sistem audio di sekitar tempat tinggalnya. Tanpa ditemani sesiapa, En. Syed terlebih dahulu meminta khidmat nasihat daripada pekerja di pusat aksesori tersebut. Ini kerana anak-anaknya tidak berkongsi minat yang serupa. Kawan-kawan juga tidak ada kecenderungan seperti dirinya. Setelah mendengar khidmat nasihat yang diberikan oleh pekerja di K & H Auto Accessories, timbul pula keyakinan untuk dia mengubahsuai sistem audio keretanya buat pertama kali.

Dengan bermodalkan RM10,000, En. Syed nekad untuk mengubahsuai sistem audio keretanya. Dia menaruh sepenuh kepercayaan kepada pekerja di situ untuk melakukan pemasangan, pelarasan dan penalaan sistem audio untuk keretanya. Memandangkan dia tidak mempunyai jenama pilihan segalanya diserahkan bulat-bulat kepada pusat aksesori tersebut yang tentunya lebih pakar. Mereka mencadangkan produk sistem audio jenama Coucar kepada En. Syed. Walaupun belum pernah mencuba produk jenama tersebut, dia yakin dengan apa juga yang diberikan oleh mereka pastinya terbaik untuk pelanggan.

Head unit Mercedes telah digantikan dengan head unit jenama Pioneer DEH-P5050UB. Selain dari itu, kebanyakan produknya menggunakan produk jenama Coucar. Tweeter jenama Coucar telah dipasang di bahagian hadapan kereta bagi mendapatkan muzik dengan frekuensi tinggi. Woofer 12inci Coucar CR-COMP30 dan Amplifier CRA-482D juga telah dipasang untuk menghasilkan bunyi yang lebih menarik. Memandangkan En. Syed adalah penggemar muzik klasik, pekerja di sini memastikan sistem audio yang dipasang sesuai untuk mendendangkan genre muzik tersebut.

Setelah semuanya selesai, En. Syed benar-benar teruja dengan perubahan pada sistem audio keretanya. Muzik klasik kegemarannya semakin memukau pendengaran. En. Syed amat berpuas hati dengan pemasangan dan pelarasan yang dilakukan terhadap sistem audio keretanya. Modal besar yang dikeluarkannya ternyata berbaloi. Kini K & H Auto Accessories tidak ubah seperti pusat aksesori panel pilihan En. Syed. Jika ada sebarang masalah pasti dia akan terus merujuk pusat aksesori tersebut untuk mendapatkan cadangan dan khidmat nasihat.

Bagi En. Syed, modifikasi terhadap sistem audio ini bergantung kepada pemilik. Jika ada rezeki lebih apa salahnya sekali sekala kita tunaikan impian kita. Setelah lebih kurang empat bulan dia mengubahsuai sistem audio keretanya, perjalanan yang jauh tidak lagi terasa. Pemanduan menjadi lebih tenang diiringi lagu klasik kegemarannya dengan sistem audio yang cukup memuaskan hati.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 1

 

Previous Post

Kelengkapan Sistem Audio Dalam Kereta Serba Baharu Pada Harga Berpatutan

Next Post

Ungguli Tangga Teratas Dalam Segmen Bukan Nasional Selama 6 Tahun Berturut-turut

Next Post

Ungguli Tangga Teratas Dalam Segmen Bukan Nasional Selama 6 Tahun Berturut-turut

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved