Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Ungguli Tangga Teratas Dalam Segmen Bukan Nasional Selama 6 Tahun Berturut-turut

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-01-05
in BULETIN, UTAMA
0

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa pihaknya telah mencapai jualan keseluruhan sebanyak 60,469 unit pada tahun 2020 dan mengekalkan kedudukan No. 1 dalam segmen bukan nasional untuk enam tahun berturut-turut. Jualan tersebut banyak disumbang oleh City yang merekodkan 34 peratus. Model kedua paling laris ialah Civic, diikuti oleh HR-V dengan 20 dan 17 peratus.

City serba baharu mencatatkan jualan bulanan paling tinggi dalam sejarah dengan lebih 5,500 unit terjual pada Disember 2020. Dilancarkan secara rasmi pada Oktober 2020. Sedan itu mendapat maklum balas positif daripada pasaran dengan lebih 15,200 tempahan setakat ini. Angka itu menjadikannya salah satu jumlah tempahan tertinggi untuk model baharu ang dilancarkan oleh Honda Malaysia pada separuh pertama 2020. Di antara Oktober dan Disember 2020, hampir 10,800 unit City telah diserahkan kepada pelanggan di seluruh negara.

V menjadi varian paling laris dengan 52 peratus. Permintaan tertinggi datang dari Wilayah Tengah yang menyumbang kepada 48 peratus jualan. Ia diikuti oleh wilayah Selatan (19 peratus) dan Utara (18 peratus). Warna putih mutiara menjadi pilihan utama pelanggan dengan mewakili 26 peratus jualan.

“Walaupun tahun 2020 sangat mencabar, namun kami berjaya mengekalkan kedudukan No. 1 dalam segmen bukan nasional. City tidak pernah gagal mengagumkan pengguna di Malaysia.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana melanjutkan pengecualian cukai jualan sehingga 30 Jun 2021.

“Ini membolehkan pengguna untuk membeli kenderaan dengan lebih banyak penjimatan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama.

Honda City generasi kelima tampil dengan rekaan yang sporty. Varian V dilengkapi lampu utama, lampu kabus, DRL dan lampu belakang LED. Rim bersaiz 16 inci menyempurnakan lagi penampilannya.

Sedan tersebut dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC berkuasa 121 PS dan tork 145Nm yang dipadankan dengan kotak gear CVT. Jentera itu juga dilengkapi paparan audio bersaiz 8 inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Lebih menarik lagi, anda boleh menghidupkan enjin dari jauh dengan hanya menekan butang pada kunci (varian V dan E), teknologi pertama dalam kelasnya. Dari segi keselamatan, varian V dipasang dengan enam beg udara dan Honda LaneWatch. Ciri keselamatan lain yang ada termasuklah Vehicle Stability Assist (VSA), brek ABS, Electronic Brake Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Emergency Stop Signal (ESS), Hill Start Assist (HSA), ISOFIX jenis I-SIZE dan amaran tali pinggang keledar untuk penumpang belakang.

Tidak ketinggalan, kamera undur multi-sudut untuk memudahkan urusan memarkir kenderaan.

Maklumat lanjut atau ingin memandu uji model Honda, anda dijemput untuk mengunjungi mana-mana 102 pengedar Honda di seluruh negara, hubungi talian tol percuma 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my

Sumber : Mekanika

Previous Post

Usia Bukan Penghalang

Next Post

Pilihan Tepat Untuk Jarak Pemanduan Yang Lebih Jauh!

Next Post

Pilihan Tepat Untuk Jarak Pemanduan Yang Lebih Jauh!

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved