Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

UMW Toyota, Berhenti Beroperasi Buat Sementara Waktu

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-06-09
in BULETIN, UTAMA
0

Kegiatan operasi pengeluaran dan penjualan UMW Toyota Motor telah digantung buat sementara waktu ekoran perlaksanaan sekatan pergerakan penuh yang dilaksanakan yang bermula pada 1 Jun lalu.
Menurut Presidennya, K Ravindran, berkata, beberapa minggu akan datang menjadi tempoh mencabar kepada semua dalam mengekang pandemik daripada terus menular.“Kami telah menangguhkan sementara semua perkhidmatan tidak penting. Dalam masa sama, kami faham dalam keadaan tidak menentu ini, kami tetap boleh membantu dan menyediakan sokongan.
“Untuk itu, kami akan tetap ada sekiranya kenderaan anda rosak atau dalam kecemasan dan memerlukan perhatian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu, Ravindran turut memberitahu bahawa UMW Toyota Motor juga melanjutkan tempoh jaminan sedia ada yang akan tamat dalam tempoh sekatan pergerakan penuh selama 30 hari.
“Tidak lupa juga, semua kenderaan yang dibeli daripada UMW Toyota Motor atau pengedar sah kami dengan jaminan sedia ada yang sah serta akan tamat di dalam tempoh sekatan pergerakan penuh ini, anda akan menikmati lanjutan tempoh berkenaan selama 30 hari, yang akan dikira dari hari terakhir sekatan pergerakan penuh ini,” katanya.Baru-baru ini, UMW Toyota Motor ini mengumumkan jualan kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia terus menunjukkan corak peningkatan dengan 7,595 unit terjual sepanjang Mei 2021, meningkat 120 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Jumlah berkenaan dipacu terutamanya oleh model seperti Vios sedan yang menyumbang 32 peratus daripada jumlah jualan, diikuti Yaris hatchback lima-pintu (25 peratus) dan trak pikap Hilux (21 peratus) bagi jualan Mei 2021.Naib Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama, berkata pertumbuhan jualan positif yang dicatatkan itu menjadi petunjuk jelas kepada keyakinan pelanggan dan mereka juga berlumba untuk memanfaatkan penjimatan tambahan daripada pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang kini telahpun di lanjutkan hingga 31 Disember 2021.“Kami sangat berterima kasih kepada kerajaan kerana telah mengambil beberapa langkah melindungi Malaysia daripada ancaman pandemik dan memperkenalkan dasar kewangan serta industri.
“Ini termasuklah lanjutan pengecualian SST yang kami percaya akan terus menyumbang di dalam memulihkan keyakinan membeli dalam kalangan pelanggan,” katanya.
Sumber : Berita Harian

Previous Post

Kempen Servis Pertengahan Tahun Hyundai Sudah Bermula!

Next Post

Imej Honda Civic Hatchback 2022 Didedahkan

Next Post

Imej Honda Civic Hatchback 2022 Didedahkan

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved