Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Tiada Lagi Pemanduan Jauh Yang Membosankan!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-12-23
in BULETIN, UTAMA
0

Berapa ramai di antara anda semua yang gemar memandu untuk perjalanan jauh dan tidak mengharapkan perkhidmatan pengangkutan lain seperti menaiki kapal terbang? Saya percaya masih ramai, tambah pula dengan keadaan jalan raya dan lebuh raya di Malaysia yang semakin selesa. Memang seronok memandu sendiri, misalnya dari Kuala Lumpur ke negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu.

Namun begitu, perjalanan sejauh itu memerlukan fokus yang tinggi. Walaupun banyak perhentian rehat di sepanjang perjalanan, pasti anda gemar memandu tanpa henti. Masalahnya, bagaimana untuk kekal segar tanpa ada rasa bosan atau mengantuk?

Secara peribadinya, saya gemar memandu bertemankan alunan muzik untuk memastikan tidak mengantuk. Biarpun ditemankan kawan-kawan atau ahli keluarga lain, ramai yang tertumpas dan tertidur. Sudahnya, tinggal saya sendirian memandu dan tiada pilihan lain untuk teruskan pemanduan agar tiba ke destinasi dengan segera. Selain memastikan kenderaan dalam keadaan baik, saya juga memantau sistem audio. Setakat ini, sistem audio dalam kereta memang boleh diharapkan.

Bagaimana dengan sistem kereta anda? Kalau anda masih lagi tercari-cari cara untuk kekal berjaga sepanjang perjalanan dan setuju yang sistem audio kereta memang membantu, berikut beberapa tips yang boleh diikuti.

1 – Gantikan speaker stok kilang dengan speaker lebih bermutu
Kebanyakan pengeluar kereta tidak bersungguh dalam menyediakan kelengkapan sistem audio melainkan jenama-jenama high-end yang didatangkan sistem audio cemerlang. Sekiranya anda baru sahaja membeli kereta dan mahu menghidupkan suasana hiburan, tukar atau gantikan speaker stok kilang dengan yang lebih berkualiti. Anda boleh menikmati lagu-lagu kegemaran anda untuk masa yang panjang. Bukan sahaja sekadar berbunyi untuk menemankan anda, malah setiap instrumen yang ada dapat didengar dengan jelas dan dalam masa dapat menghiburkan anda.

2 – Speaker Lebih Kuasa
Ada speaker dalam kereta tetapi tak mampu memenuhi kehendak anda sebagai pendengar. Mungkin speaker sedia ada tidak berfungsi dengan baik tanpa sebarang amplifier. Tambahkan kuasa kepada speaker untuk mendapatkan hasil audio yang lebih bagus.

3. Singkir Bunyi Bising Eksternal
Bunyi bising yang datang selain dari bunyi speaker akan mengganggu bunyi yang anda ingin dengar. Cara terbaik, anda kurangkan bunyi yang tidak diperlukan bagi mendapatkan muzik yang ideal. Getaran atau gegaran dari speaker memang mengganggu, tambahan pula bila speaker ini dipasang di panel pintu. Sedikit sahaja getaran akan mengganggu keseluruhan muzik yang anda ingin dengar. Satu cara mudah untuk menyingkirkan bunyi bising yang tidak diingini ialah dengan memasang sound proofing. Ia akan membentuk platform yang stabil sekaligus menyokong speaker.

4. Dengar Lagu Dari Audio Berkualiti
Satu lagi masalah besar. Ramai di antara kita yang gemar mendapatkan audio dalam format yang kualitinya rendah. Jika ingin menikmati muzik kegemaran, apalah salahnya simpan dalam format berkualiti tinggi. Ya, anda menyimpan fail audio dalam telefon dan kedengaran sangat hebat dengan headphone. Namun, muzik yang sama tidak akan kedengaran bagus dalam sistem audio kereta. Jadi, rajin-rajinlah simpan audio dalam format yang berkualiti tinggi.

5. Ubah Talaan Bunyi Pada Telefon Pintar
Tidak dinafikan, ramai yang menggunakan telefon pintar untuk memainkan muzik dalam kereta. Pastikan anda mengubah dan menala terlebih dulu talaan pada equalizer pada telefon pintar sebelum dimainkan. Tak perlu berbelanja puluhan ribu, cukup sekadar pergi ke Setting dan pilih muzik yang bersesuaian.

6. Tambah Equalizer Atau Pemproses Isyarat
Refleksi dan penyerapan bunyi adalah masalah serius terhadap kualiti audio dalam kereta. Kebanyakan material kereta terutamanya kaca dan plastik memantulkan bunyi yang sangat kuat. Sebaliknya, bahan serap yang lebih lembut seperti sarung kerusi, karpet menyerap bunyi dengan cukup baik. Kalau speaker dipasangkan di posisi yang salah, keadaan akan menjadi lebih teruk. Bunyi bass entah ke mana, frekuensi tinggi pula memang menyakitkan telinga. Dengan penambahan equalizer, anda boleh menalah respons frekuensi dalam sistem audio. Pemproses bunyi pula bukan hanya membantu menyingkirkan puncak respons frekuensi tetapi juga menambahkan respons bass. Jangan mengharapkan semata-mata kepada pemain utama yang tidak mampu menyingkirkan respons frekuensi tinggi ini.

7. Sistem Audio Masih Lemau? Periksa Sambungan Sistem Audio Kereta (wayar dan kabel)
Masalah penyambungan ini boleh mengganggu kualiti sistem audio dalam kereta temasuk kabel speaker berkarat dan pembumian yang salah. Ia boleh mengakibatkan bunyi yang benar-benar menjengkelkan. Sekiranya ini masalah anda, periksa semua sambungan wayar dan kabel antara speaker, bateri, amplifier dan casis.

Sumber : Techno FAQ

Previous Post

Liputan Audio Meluas, Tidak Terhad Di Bahagian Belakang Semata-Mata

Next Post

Kemahiran Dan Pengalaman Menghasilkan Sebuah Sistem Audio Yang Didambakan

Next Post

Kemahiran Dan Pengalaman Menghasilkan Sebuah Sistem Audio Yang Didambakan

CAPAIAN

  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved