Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Kemahiran Dan Pengalaman Menghasilkan Sebuah Sistem Audio Yang Didambakan

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-12-24
in SHOW OFF, UTAMA
0


Apabila berbicara tentang modifikasi atau pembinaan sistem audio, ramai beranggapan ia berkenaan penggantian sistem audio stok didatangkan bersama kereta yang dibeli secara menyeluruh. Sama ada ianya pemain utama mahupun barisan speaker. Alasannya pula, stok standard dari kilang ini tidak mencapai kepuasan dan kehendak pemilik kenderaan itu sendiri. Sebagai pembaca dan pencinta dunia audio, adakah anda bersetuju atau mempunyai pandangan berbeza?

Mungkin ada yang tidak mengambil endah jenama dipilih sesetengah pengeluar kenderaan dalam melengkapi sistem audio yang dikeluarkan dari kilang. Hakikatnya, jenama ini pun bukan calang-calang dan prestasinya juga tidak kurang hebatnya. Antara jenama yang dijadikan sebagai aksesori audio dari kilang ini termasuklah Clarion. Anda juga tahu, Clarion turut mempunyai reputasi yang sangat cemerlang di belakangnya.

Bukan semua pemain OEM ini tidak berkualiti atau tidak mampu memainkan dan memproses data yang telah dibaca. Kecemerlangan pada pemain utama boleh membantu para ICER mengurangkan perbelanjaan untuk membina sebuah sistem audio hebat. Ya, sistem stok OEM berkemampuan menghasilkan bunyi yang bagus dan seterusnya, terserah kepada kerja penalaan oleh installer. Tak begitu?

Salah satu contoh sistem audio yang tetap hebat dengan mengekalkan pemain utama OEM ini ialah Audi RS6 Sedan ini. Mengekalkan pemain utamanya OEM stok standard dari kilang, sistem audionya telah dibantu beberapa jenama lain yang terdiri dari Micro Precision dan juga Mosconi. Gabungan dan padanan yang hebat, malah sangat secocok dengan sistem talaan SQ.

Memilih sistem audio dengan talaan SQ 3 hala, ia dimulakan oleh pemain utama OEM yang mana mampu membaca pelbagai jenis format media. Bagi makluman, jenama yang menganggotai sistem audio dan diangkat sebagai pemain OEM untuk kereta Audi ialah Bang & Olufsen. Satu jenama berkualiti dengan reputasi yang sangat cemerlang.

Bertolak dari titik ini (pemain utama OEM tadi), isyarat yang diproses dihantar pula kepada seunit pemproses digital dari Mosconi; Mosconi DSP 6 To 8. Didatangkan dengan 6 channel input dan juga 8 channel output. Isyarat yang telah diproses ini kemudiannya dibahagikan kepada 3 laluan baru. Manakala setiap laluan ini pula dikuasakan seunit amplifier. Dua dari laluan tersebut dimulakan dengan amplifier 2 channel Mosconi, AS 100.2. Bercakap tentang Mosconi, pasti semua sudah maklum tentang prestasi cemerlang dipegang jenama yang datang dari Itali ini, bukan?

Laluan pertama yang dikuasakan oleh amplifier ini disalurkan kepada 2 unit mid range 3” Micro Precision. Ini diikuti laluan kedua yang juga dikuasakan oleh seunit amplifier 2 channel Mosconi dan sebanyak 2 unit tweeter Micro Precison 5.28II digunakan. Bagi melengkapi sistem audio SQ 3 hala ini adalah 2 unit mid bass Micro Precision yang dipacukan seunit amplifier 4 channel Mosconi AS200.4. Pemasangan yang cukup kemas dan teliti, sehingga membuatkan anda tertanya-tanya dimanakah kesemua speaker tersebut?

Sebelum terlupa, sistem SQ ini pasti akan pincang tanpa adanya kehadiran woofer. Ya, woofer ini memberikan keseimbangan bunyi kepada sistem 3 hala yang telah menduduki bahagian kabin dan sepertimana pemasangan speaker di bahagian ini, woofer turut dipasangkan di kawasan yang agak tersembunyi. Woofer 10” Alpine SWR-T10. Dipasangkan pada bahagian atas ruang tempat letak barang sekaligus menjimatkan ruang.

Satu lagi kepintaran pihak installer yang perlu diberikan penghargaan dalam menyusun atur kesemua produk audio tanpa memakan banyak ruang dan lebih penting ianya tersembunyi. Hanya barisan amplifier sahaja yang jelas kelihatan tetapi ia masih lagi menampilkan kekemasan dan lebih penting, sofistikated.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 58

Previous Post

Tiada Lagi Pemanduan Jauh Yang Membosankan!

Next Post

Ditawarkan Pada Harga RM1.148 Juta, Tampil Menawan, Selesa Dan Privasi

Next Post

Ditawarkan Pada Harga RM1.148 Juta, Tampil Menawan, Selesa Dan Privasi

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved