Sempena sambutan Hari Buruh yang jatuh pada 1 Mei setiap tahun, kelab G3K Johor Crew telah mengambil peluang ini dengan menganjurkan program berkonvoi ke Tg Sepang Resort. Walaupun program ini diadakan sehari, ia tetap mendapat sambutan dari ahli-ahli kelab yang bersemangat mengikuti konvoi ini.


Para peserta konvoi telah berkumpul terlebih dahulu dan memulakan perjalanan dari Pasir Gudang menuju ke Tg Sepang yang terletak di Kota Tinggi. Sebaik tiba, para peserta mula menyusun aturcara seperti yang telah dirancang terlebih awal. Program dimeriahkan dengan aktiviti barbeku, makan tengah hari dan menyambut hari ulang tahun kelahiran ahli-ahli yang lahir pada bulan Januari hingga Mei 2019.


Seterusnya, kesempatan ini digunakan oleh para peserta untuk bermandi-manda di pantai dan kolam. Sebelum menutup tirai, satu majlis penyampaian hadiah telah diadakan dan para peserta bersurai untuk bergerak pulang.



































