Dirasmikan oleh Tuan Pengarah RISDA Negeri Perlis iaitu En. Abd Rahim Bin. Hashim, Hari Bertemu Pelanggan RISDA ini telah diadakan pada 29 November lalu di perkarangan RISDA Negeri Perlis. Bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir sekitar 5.00 petang, pelbagai aktiviti disediakan yang menjadi tarikan para pengunjung khususnya golongan belia dalam masa yang sama mencari peluang perniagaan.
Antaranya aktiviti yang diadakan termasuk Himpunan Gerai-Gerai Usahawan dan Food Truck, Senaman Aerobik, Sukan Rakyat, Kayuhan Santai Bersama Pengarah RISDA Perlis, Cabutan Bertuah, Pertandingan Mewarna, Pameran Autoshow Kereta/Motor, Gubahan Bunga, Demostrasi Masakan dan bermacam lagi. Para pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan band dan deejay undangan khas dari Perlis FM.