Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Throwback : Autoshow Retromania @ Festival Stylelista Mania 2018

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-08-20
in BULETIN, UTAMA
0

Bermula dari 23 hingga 25 November yang lalu, telah berlangsungnya Festival Stylelista Mania 2018 yang diadakan di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang. Festival anjuran Mindscape yang bertujuan membuka ruang serta menjadi platform kepada para pengusaha jenama kecantikan dan pelbagai jenama fesyen ini turut dimeriahkan dengan aktiviti-aktiviti menyeronokkan sekali gus menarik para pengunjung untuk turun bersama menghangatkan lagi suasana.

Selain menyediakan ruang gerai jualan dan reruai untuk para pempamer di dalam dewan, festival yang berlangsung selama tiga hari ini dipadatkan dengan aturcara disediakan pihak penganjur merangkumi pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan kanak-kanak. Antara aktiviti yang dijalankan dan menerima sambutan memberangsangkan dari para pengunjung adalah seperti sukaneka rakyat, persembahan zumba oleh Team Body Love Studio, persembahan artis, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan catwalk kanak-kanak, Bollywood Dance, persembahan busker dan banyak lagi.

Pihak Mindscape turut menjemput dan bekerjasama dengan GM Event Management untuk menganjurkan pameran kereta lama (Olskool) serta pertandingan motosikal. Bagi segmen permotoran yang dikendalikan pihak GM Event Management ini telah diadakan pada 24 November bersamaan hari Sabtu yang bermula dari jam 10.00 pagi dan berakhir sekitar jam 6.00 petang. Pelbagai kereta-kereta olskool tidak melepaskan peluang ini dan turun padang mengambil bahagian.

Kehadiran kereta-kereta olskool ini membuatkan para pengunjung terpukau kerana kebanyakannya masih lagi berada dalam keadaan baik. Para pengunjung yang kagum dan teruja melihat keadaan kereta-kereta olskool ini mengambil peluang merakamkan gambar dan ada juga berswafoto sebagai kenang-kenangan. Mungkin ada juga yang menyimpan gambar-gambar ini sebagai rujukan dan menjadi ilham kepada mereka untuk menjaga kereta kesayangan masing-masing, seterusnya menyertai acara-acara seperti ini di masa hadapan.

Previous Post

Viva Sound Drift

Next Post

VIP Audio, Myvi's Style

Next Post

VIP Audio, Myvi's Style

CAPAIAN

  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved