Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

The Meanest Machine

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-05-25
in SHOW OFF, UTAMA
0

Pagi itu terburu-buru juga saya bangun mengenangkan nak ke Penang untuk melengkapkan profil foto kereta Perodua Myvi Autotek ini. Disebabkan jarak agak jauh dari pejabat, saya ambil keputusan awal pagi, kira-kira jam lapan. Memang ia tindakan yang sangat bijak kerana rupa-rupanya jalan sesak dan keseluruhan perjalanan yang biasanya Cuma setengah jam menjadi 1 jam setengah.

Bos menunggu di bawah pejabat dengan muka sinis. Ah tak apalah. Sepanjang perjalanan kami berbual panjang pasal majalah, kereta audio, kerja dan sampai di Pulau Pinang tepat jam 1 tengah hari (ni kes berhenti minum dan makanlah). Sebaik sahaja sampai di depan premis kedai aksesori, saya dah nampak kelibat Myvi yang akan dirakamkan. Dengan langit yang mula menunjukkan tanda-tanda nak gelap, kami tidak membuang masa mencari tempat yang sesuai untuk sesi fotografi. Saya kira latarbelakang tokong ini menyelamatkan keadaan kereta yang tidak berwarna-warni.

Ini adalah kereta salah seorang pengiklan setia kami. Produk ini telah berkembang sejak beberapa tahun lepas dan bagi sebuah negeri seperti Penang, produk audio mudah untuk dipasarkan asalkan materialnya berkualiti, bunyinya memuaskan dan harganya berpatutan. Produk konsumer di negeri utara semenangjung ini menjadi sambutan di kalangan kelab audio yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Lihat sahaja aktiviti malam minggu mereka. Pameran audio tidak rasmi bukanlah sesuatu yang asing untuk dilihat.

Kereta ini bermula dengan sistem asal yang dibuat untuk hiburan diri sendiri. Pemiliknya yang tidak mahu dikenali menyerahkan sepenuhnya kerja penambahbaikan audio ini ke satu tahap yang lebih baik. Kerusi asal ditanggalkan dan kekotak woofer dihadapkan ke belakang. Posisinya mengambilalih ruang yang ada dan mengikut teori pemasangnya. Kekedapan bunyi dengan saiz kotak yang lebih besar menghasilkan kadar dB yang lebih tinggi. Walaupun hanya menggunakan watt yang sederhana besarnya.

Unit pemain 2-din JVC KW-AVX736 mengambil alih fungsi pemain asal. Sepertimana sebuah Myvi standard dengan pemain bina-dalam, kelongsong perumah aftermarket telah dipasangkan bagi membolehkan pemain bersaiz standard dipadankan. Pemain ini yang berfungsi penuh sebagai unit multimedia digabungkan dengan sebuah pre-amp AQ yang bertindak menjadi penala sekunder pada keseluruhan talaan bunyi.

Perodua Myvi adalah antara beberapa kereta kompak yang tidak dipasangkan dengan speaker panel pintu bila meninggalkan kilang. Speaker mid dipasangkan pada penjuru dashboard. Rasional di sebalik talaan ini adalah membolehkan ruang kaki diperbesarkan tanpa halangan pembesar suara. Bagaimanapun bagi pembinaan untuk staging yang jitu, posisi di bahagian panel pintu masih merupakan lokasi terbaik. Justeru, perumah khas dibuat untuk memuatkan mid bass Autotek MM658CI. Mid bass dengan set komponen ini datang Bersama frekuensi bypass crossover pasif dan juga tweeter jenis dome. Kesemua unit ini dikuasakan oleh seunit amplifier 4 channel Autotek M400.4.

Kotak yang memenuhi kabin belakang kereta ini menempatkan 2 unit woofer 12” Autotek MM1204. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa perlu mengorbankan bahagian tempat duduk belakang hanya untuk sepasang woofer? Teorinya, penempatan begini menghasilkan bunyi yang padat sebagaimana sistem teater rumah. Masalah utama dengan pemasangan woofer jenis konvensional di dalam ruang bagasi membuatkan putaran bunyi terhad dan bahagian kedap dalam kereta menjadi halangan kepada keseluruhan dentuman tadi. Ia seperti anda menempatkan sub di bilik lain dalam sistem teater rumah.

Dengan teknik pemasangan sedemikian, output bunyi hampir pasti 100 peratus diekstrak ke udara dan yang negatifnya sudah tentulah ruang terkorban. Pun begitu, menghasilkan bunyi yang penuh memerlukan amplifier yang cukup berkuasa. Dalam pembikinan Myvi ini, ia dipasangkan dengan amplifier monoblock kelas D Autotek MM4000.1D.

Menyentuh serba sedikit tentang sentuhan kreativiti yang digunakan untuk ekterior dan interior seperti yang saya katakana di awal tadi, tidak ada apa yang menarik mahu pun unik. Gabungan pelekat warna silver pada warna kelabu bukanlah sesuatu yang bijak menenggelamkan lagi Muvi ini. Mujur diselang-selikan dengan pelekat warna biru tetapi itu juga tidak mampu membuatkan Myvi ini menyerlah. Kalau hendak mengharapkan semata-mata kepada kekuatan audio, tentu Myvi ini bukan menjadi pilihan untuk memasuki autoshow.

Jujurnya, pertama kali melihat penalaan kereta ini saya jugak terkejut pada awalnya. Sehingga melihat sebuah lagi Vios dengan setting yang serupa ia buat hati saya tertanya-tanya, “mungkin ini trend baru di Pulau Pinang?”

*Artikel ini pernah disiarkan majalah KarHifi edisi 32

Previous Post

Takut Kereta Kopak, Dicuri Orang? Dengan RedBat, Tak Usah Bimbang!

Next Post

BMW E30 M3 DTM Racer!

Next Post

BMW E30 M3 DTM Racer!

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved