Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

The Best Street Racing Look

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-04-07
in SHOW OFF, UTAMA
0

Kalau sebelum ini, banyak kereta milik kedai aksesori yang bertujuan memasarkan produk tertentu. Jadi anda mesti tertanya-tanya, tiadakah kereta milik persendirian yang hanya gunakan satu jenis produk untuk sistem audio kereta mereka? Kereta-kereta macam ini rasanya lebih dekat dengan hati pembaca yang mungkin kurang gemar menggunakan satu jenama audio saja untuk kereta masing-masing.

Jadi kami berjaya berjumpa sebuah Proton Saga BLM di salah satu pameran kereta di kawasan Bukit Jalil yang menepati kriteria tersebut. Lebih unik lagi, kereta ini turut memenangi anugerah “Best Street Racing Look” dan sistem audio yang digunakan ialah sebahagian daripada modifikasi keseluruhan kereta.

Walaupun ia bukan dipertandingkan untuk pertandingan audio, sistem audio dipasangkan pada kereta BLM ini bagi kami agak mengagumkan dan wajar diberi perhatian. Jika kos menjadi halangan untuk anda yang baru nak berjinak-jinak dalam hobi ini, ia mungkin boleh dijadikan rujukan dek kerana sistem audio yang digunakan hanya menggunakan aksesori berkos sederhana.

Baiklah, mari kita tengok dengan lebih dekat apa aksesori audio yang dipasangkan pada kereta ini. Unit utama yang digunakan ialah pemain Dvd 1-din Stream Audio SA-1138T dengan monitor bina dalam jenis flip. Unit utama ini mampu memain semula format audio digital dalam bentuk cakera padat dan juga MP3 yang memberikan pemiliknya kemampuan untuk memain semula pelbagai jenis format muzik dan video digital.

Dari situ, isyarat digital dari unit utama dihantar kepada seunit pre-amp 7 band Adams Digital ADP-100MS yang bertindak untuk menala isyarat bunyi yang dihasilkan dari unit utama. Isyarat-isyarat bunyi ini dipecahkan kepada frekuensi-frekuensi yang berbeza untuk menghasilkan reproduksi bunyi yang dikehendaki.

Bagi menghasilkan bunyi mid dan high range yang jelas, isyarat tersebut disalurkan kepada seunit amplifier 4 saluran Pegasus PGA4502D yang menguatkan isyarat bunyi sebelum ia dihantar kepada mid bass 6.5” satu hala America Sound US66B Ultimate Series. Mid bass sebanyak 4 unit ini dipasangkan pada deck-lid bonet belakang kereta. Seperti biasa, perumah custom harus dibina untuk speaker-speaker dan bahan yang digunakan ialah gabungan kayu dan gentian kaca yang dibalut dengan PVC berwarna merah.

Di bahagian perumah deck-lid yang sama juga terletak dua unit tweeter Adams Digital ACT-46 yang dipacu amplifier 4 hala yang sama digunakan untuk speaker-speaker mid bass tadi.

Bagaimana pula dengan bunyi bass? Tidak dinafikan, bunyi bass yang kuat dan padu ialah tarikan utama bagi peminat sistem audio kereta sejak dari dulu. Bagi mereka yang gemarkan bunyi bass didengar dengan jelas di dalam kereta berbanding di luar kereta, setup seperti yang dibuat pada Saga ini boleh dicontohi.

Pemilik memilih dua unit woofer 12” Adams Digital EX-3000 yang mempunyai magnet berkembar dan mampu menampung kuasa sehingga 3000 watt PMPO. Woofer ni dipasang di dalam perumah custom yang dibina dari bahan kayu sepenuhnya dan dipasang secara inverted, iaitu kon speaker mengadap ke dalam perumah berbanding ke arah luar perumah seperti yang kita sering lihat. Dengan cara ni, bunyi bass yang dihasilkan akan kedengaran lebih padat untuk orang di dalam kereta.

Bagi menguasakan woofer berkenaan, seunit amplifier monoblock Adams Digital EAM-2400.2D dengan kuasa maksima 3000 watt PMPO digunakan. Frekuensi bunyi bass dari muzik yang dimainkan disampaikan melalui pre-amp yang ada disebutkan pada awal artikel tadi.

Dari segi kemasan pemasangannya di kawasan but belakang, installer telah membina semula ruang but dengan perumah custom untuk amplifier-amplifier tadi dan juga menempatkan sebanyak 4 unit monitor LCD tambahan. Jadi anda dah lihat dengan kombinasi aksesori audio yang berbeza, anda boleh mendapat sebuah sistem audio yang hampir sempurna dengan kos yang tak terlalu mahal.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi [53]

Previous Post

Catat 4,156 Unit Jualan, Mitsubishi Muncul Jenama Ketiga Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Next Post

Pembinaan Sistem Audio Untuk Demo Dan Pertandingan

Next Post

Pembinaan Sistem Audio Untuk Demo Dan Pertandingan

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved