Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Pembinaan Sistem Audio Untuk Demo Dan Pertandingan

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-04-08
in SHOW OFF, UTAMA
0

Membangunkan sistem SPL pada kenderaan seringkali berhadapan dengan matlamat dan tujuan. SPL lazimnya terbahagi kepada samada jenis bina dalam (internal) atau sistem bunyi luar (outer/external). Jika ianya tentang pertandingan, SPL boleh dibahagikan mengikut jumlah kekuatan watt, bilangan woofer, malah hingga ke kategori yang lebih spesifik seperti profesional atau amatur, modified atau custom.

Bagi kebanyakan orang, istilah SPL itu sendiri lazimnya tertumpu kepada bilangan woofer. Teorinya, lebih besar bilangan woofer bermaksud peluang untuk menang adalah tinggi. Walaupun begitu, bagi kalangan mereka yang telah lama bergelumang dalam industri ini, woofer sahaja tidak akan menentukan kemenangan. Sebab itulah, kadangkala 4 woofer boleh menandingi 6 woofer, asalkan talaannya betul.

Lebih menarik lagi di sesetengah pertandingan kadangkala 4 woofer diletakkan dalam kategori amatur dan selebihnya dalam kategori pro. Bila bercakap tentang pro, ia adalah pertandingan melawan kereta-kereta demo yang biasanya menakutkan pemain-pemain individu.

Dalam industri ini juga, setiap premis pemasangan/jualan audio pasti memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta demo. Tanpa subjek begini adalah sukar untuk mendemonstrasi produk yang dijual dan memaparkan hasil kerjatangan mereka. Baru-baru ini, kami telah ke wilayah Utara untuk mengumpulkan bahan majalah. Salah satunya yang berjaya kami rakamkan ialah Wira Aeroback milik Fang Sheng.

Fang Sheng bukanlah nama kecil di Utara. Kelab Audio Utara bernaung di bawah syarikat ini. Dengan beberapa premis perniagaan yang dibuka sekitar Gurun, Tanah Merah, Kota dan Pendang, Fang Sheng memilih untuk menjadikan sebuah Wira Aeroback sebagai kenderaan promosi. Satu pilihan tepat memandangkan kereta ‘liftback’, hatchback dan wagon memang diakui calon yang sesuai berbanding sedan.

Projek Wira ini bermula dengan pemasangan pemain 2-din Epsilon FW-87000. Jika dibandingkan dengan pemain sekelasnya yang kini sangat banyak di pasaran, Epsilon lebih berkualiti dan dijamin pengeluar. Hari ini terlalu banyak produk buatan China yang menjanjikan pemain pelbagai fungsi dengan harga yang sangat murah. Namun kualitinya sering jadi persoalan. Pemilihan Epsilon ini dibuat berdasarkan fungsi kebolehannya membaca DVD/VCD serta penala televisyen. Ia juga dikawal menerusi skrin sesentuh. Untuk memastikan imej lebih mudah ditonton oleh pengunjung, sebuah monitor LCD TFT dipasangkan pada trunk lid belakang.

Proses talaan kini diambilalih oleh pre-amp Exspider EX881. Ia adalah salah satu cara yang mudah dan bijak untuk menala bunyi dari pemain yang mempunyai kemampuan yang terhad. Dari saat ini, bermulalah dominasi perkakasan dari jenama Exspider yang melengkapkan sistem SPL keseluruhan kereta ini.

Dentuman woofer yang memandu low bass Wira ini datangnya dari empat unit Exspider 12 inci EXD-12D dengan voice coil tunggal. Rekaan dua magnetnya membenarkan dentuman yang padu dan sekata. Setiap pasangan woofer ini dipacu amplifier monoblock kelas D Exspider EXM1000D. Berbeza dengan setting yang lazimnya dipasang secara terdedah, woofer ini dipasang dengan dua posisi berbeza. Dua posisi terbuka dan dua posisi terbalik (reverse).

Perumah untuk woofer terbuka dibuat custom dengan dua liang pengudaraan diletak sehampir mungkin sementara woofer reverse tersebut ditanam di sisi dengan liang pengudaran yang sama. Setting begini biasanya membolehkan nada bass disepadukan pada pelbagai tahap volume bass.

Sebanyak 10 unit speaker telah dipasangkan. Dua unit pertama ialah Exspider EX-650M yang menerima bekalan kuasa daripada amplifier 2 channel Exspider EXA100.2. Set yang sama juga digunakan untuk dua unit yang berikutnya. Speaker ini menghasilkan bunyi vokal yang kurang tajam, ia membantu mid bass kerana untuk vokal penuh, pihak Fang Sheng memasang Exspider neodymium tweeter EX-5iT yang juga bertindak mengeluarkan frekuensi tinggi bersama dengan tweeter Exspider EX-2.5T dan Exspider EX-38T.

Bagi memastikan kuasa tidak terputus, dua buah kapasitor B52 2.0 farad dipasangkan. Bukan sekadar berfungsi dengan baik malah kapasitor ini turut sama dipamerkan dalam enclosure custom yang dibuat khas di bahagian but kereta ini.

Kombinasi SPL kereta ini bukan sahaja sempurna dari segi bunyi malah binaannya juga sangat kemas. Berbeza dengan kerja moden yang biasa kita lihat kebanyakannya menggunakan gentian kaca, sistem dalam but Wira ini dibalut dengan fabrik sekata. Jika anda lihat betul-betul ia seakan fabrik Recaro dari model Proton Putra atau lancer Evo 6. Warna hitam dan benang emas terlindung menjadikan pemasangan yang cantik dan nampak lebih sempurna.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 11

 

Previous Post

The Best Street Racing Look

Next Post

MOHAWK MS SERIES ANDROID PLAYER

Next Post

MOHAWK MS SERIES ANDROID PLAYER

CAPAIAN

  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved