Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Tarantula Soundstream

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-08-20
in SHOW OFF, UTAMA
0

Tarantula ialah sejenis spesis labah-labah yang sangat berbahaya berasal dari keluarga ‘Theraphosidae’. Dianggarkan terdapat 900 spesis Tarantula berbeza di dunia dan setiap satunya berbahaya dengan bermacam jenis bisa dan racun yang mampu membunuh. Imejnya banyak digunakan bagi melambangkan sesuatu yang ekstrem dalam diam. Ia seperti seekor serangga jinak dan kelihatan boleh dibelai. Tapi bila menyerang, ia mampu menjadi binatang paling berbahaya.

Soundstream menggunakan Tarantula sebagai imej baru siri produk mereka. Kalau tak silap saya, imej-imej ini mula muncul pada penghujung 90–an di mana Sounstream mula menjenamakan semula produk siri terbaik mereka di pasaran. Era itu juga Sony muncul dengan tag jenama Xplod.

Kenari ini dipasangkan lengkap dengan siri Tarantula. Sudah tentulah ia bukan sebuah kereta yang dibina untuk produk yang banyak tapi bunyi macam radio transistor. Bila anda berbicara tentang jenama-jenama begini, harganya sendiri sudah menggambarkan bahawa kualiti mereka bukan sekadar untuk produk yang anda mahu pakai setahun. Saya masih ada sepasang mid bass Soundstream yang dibeli lebih 10 tahun dulu dan telah berganti pakai pada 4 jenis kereta. Kualiti bunyinya masih mengagumkan.

Pembinaan sistem pada Kenari ini bermula dengan pemasangan pemain utama Pioneer DEH-8350SD. Seperti yang kita maklum, siri DEH merupakan model pasaran massa paling laris Pioneer. Ia direka sebagai model yang ringkas tapi memiliki tarikan tersendiri dengan fungsi yang boleh diharap. Pioneer antara yang terawal membangunkan teknologi gelombang sensitif untuk frekuensi radio menerusi Super Tuner dan juga ‘template’ talaan equalizer dan super bass yang jelas. Paling saya gemari ialah fungsi staging hadapan yang telah diletakkan dalam pilihan preset menerusi mod FIE (Front Image Enhancer)

Berapa ringkaskan sistem Kenari ini?

Ia menggunakan pemain yang disambungkan terus pada pembekal kuasa dua hala. Seunit amplifier untuk komponen hadapan dan seunit monoblok untuk woofer di belakang. Caranya mungkin nampak terlalu biasa, tetapi apa yang cuba diketengahkan pada kereta ini ialah capaian bunyi untuk sistem yang sederhana pada sebuah kereta bersaiz kecil.

Amplifier 4 channel Tarantula TRA 960.4 dipasang untuk memandu set komponen hadapan. Amplifier ini mendapat liputan yang bagus di kalangan asas seunit pemain dengan binaan watt kuasa rendah. Pada kuasa 960 watt iaitu 240 watt setiap saluran, ia cukup untuk memandu set speaker komponen Soundstream siri Reference RF60C. Speaker komponen ini datang dengan bypass crossover analog untuk memisahkan frekuensi mid dan tweeternya.

Speaker ini dipasangkan pada perumah buatan khas dengan pemegang gentian karbon. Sebenarnya, ia diperbuat dari bahan gentian kaca yang disadur dengan efek gentian karbon. Kaedah yang sama digunakan pada bahagian pillar depan yang menempatkan 2 unit tweeter komponen tadi. Walaupun ia dibuat custom, pillar ini tampak seperti produk yang dijual dengan meluas.

Pemasangan woofer Tarantula T6 adalah penutup kepada keseluruhan sistem. T6 ini adalah model yang menggantikan siri T5. Ia datang dengan 2 saiz sahaja iaitu 12” dan 15”. Memandangkan ruang kabin yang terhad, pemilik Kenari ini memilih woofer berdiameter 12” dan hanya 1 unit sudah cukup untuk mengagihkan gelombang bass ke seluruh kabin. Woofer 12” ini memiliki resonan rendah di bawah 5 hz dan tentulah bila dipasang secara ‘terlangkup’ ke bawah lantai, hanya gema ‘reverse’ yang dibahagikan pada pusat bunyi terhasil. Maksudnya dengan 900 RMS, ia mampu menghasilkan gema di bawah 60 hz dengan hanya separuh kuasa. Bercakap tentang kuasa pula, woofer ini dipandu oleh amplifier monoblock Soundstream siri D-Tower DTR 1.2200D. Kalau tak salah, ini monoblok paling konsisten sekali kuasanya dalam keluarga Soundstream. Berkuasa 2200 watt pada satu pre-out. Ia lebih mampu memacu 2 unit woofer 10” bertutup penuh tanpa sebarang masalah!

Setelah semuanya lengkap dipasangkan, bahagian but belakang yang menempatkan woofer dan amplifier dikemaskan penampilannya. Amplifier yang bersandar di bahagian tempat duduk belakang dilapiskan dengan perspek nipis dan dikelilingi LED kuning. Ringkas dan tidak keterlaluan. Hasil kerja keseluruhan Kenari ini masih layak menjadikan kereta ini sebagai kenderaan kegunaan harian.

Previous Post

Archive : Beetle Dynaquest

Next Post

Blaupunkt Ultra Slim Hybrid Wiper & Premium Wiper Blade

Next Post

Blaupunkt Ultra Slim Hybrid Wiper & Premium Wiper Blade

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved