Volkswagen merupakan salah sebuah pengeluar antarabangsa yang paling giat mengeluarkan kereta selepas Toyota dan General Motors. Volkswagen bermaksud ‘kereta rakyat’ dalam bahasa Jerman adalah cetusan idea pemimpin Nazi iaitu Adolf Hitler. Kereta pertama di bawah keluaran Volkswagen ini adalah Volkswagen Type 1 atau lebih dikenali sebagai Beetle dan giat dihasilkan bermula dari tahun 1938. Kereta Beetle dianggap unik kerana enjin yang dipasang di bahagian bonet belakang kereta. Malah reka bentuk dan struktur badan Beetle nampak klasik dan tersendiri. Mungkin itulah antara sebab utama yang menarik perhatian anak muda dari Kelantan, iaitu Tan Wai Chiang memilih Beetle sebagai kereta kesayangannya.
Bukan mudah untuk menjaga kereta terutamanya kereta yang sudah pun mencapai tahap lagenda seperti yang dimiliki oleh Tan Wai Chiang atau lebih mesra dengan panggilan Atan. Bandingkan saja usia Beetle ini dengan usia Atan. Bagaikan anak dan bapa pula. Tapi ia tidak sedikit pun mematahkan semangat Atan untuk mengubahsuai Beetle kesayangannya itu serta menyertai pertandingan. Walaupun dalam usia muda, Atan mampu memiliki kereta sendiri. Bukan itu sahaja, dia juga dapat menikmati keseronokan berkereta dengan bebas melakukan modikasi terhadap keretanya itu tanpa perlu meminta izin dari sesiapa sejak dia menyertai dunia permotoran ini. Pasti ketika itu, Atan masih lagi di usia remaja.
Atan lebih cenderung membuat modifikasi pada sistem audio kerana bunyi yang terhasil dari sistem audio amat menarik perhatiannya. Beliau juga amat teliti dalam memilih produk yang berkualiti untuk memantapkan lagi sistem audio Beetle kesayangannya. Tidak hairanlah, sepanjang bergiat aktif falam dunia permotoran, Atan sering pulang sebagai pemenang. Tugasnya sebagai teknikal di kedai aksesori Pro-Tech Auto Accessories sedikit sebanyak membantu beliau lebih peka tentang perkembangan terbaru dunia I.C.E. Atas kesempatan itu jugalah, Atan mengambil peluang untuk memodifikasi sistem audio bagi kereta Beetlenya dengan produk Dynaquest yang pada anggapannya antara jenama paling berkualiti.
Selain dari jenama Dynaquest yang memenuhi sistem audio kereta Beetle ini, Atan turut menggunakan jenama Sony untuk pemain utama keretanya iaitu pemain Dvd Sony model XAV-C1. Isyarat dari pemain unit tersebut kemudiannya dipancarkan kepada pre-amp Dynaquest DPR-400.
Setelah itu, isyarat tersebut diagihkan pula kepada 2 amplifier yang juga dari jenama Dynaquest. Amplifier Dynaquest 4 channel 1600Watt digunakan oleh Atan untuk memacu 6 unit mid bass Dynaquest bersaiz 6 ½” dan 6 unit tweeter Dynaquest. Manakala satu lagi unit amplifier monoblock 2000 Watt Dynaquest turut digunakan untuk memacu 2 unit woofer Dynaquest. Bagi membekalkan tenaga mencukupi untuk sistem audio keretanya, Atan telah menggunakan 2 biji power cab Dynaquest 1.5 farad 20 VDC.
Sudah tentu banyak belanja yang dikeluarkan oleh Atan bagi memperolehi sistem audio yang mampu memukau dan menakluk sesiapa yang mendengar. Pasti belanja yang dikeluarkan beliau juga bukan sedikit. Malah, beliau ada membisikkan jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan.
Duit bukanlah satu halangan untuk Atan terus melaksanakan kepuasan atas minatnya yang mendalam terhadap dunia audio kereta. Beliau juga berharap tidak akan bertemu lagi dengan situasi yang mana kereta Beetle Dynaquest miliknya itu tewas kepada kereta yang tidak sepatutnya. Oleh kerana itulah, Atan berusaha untuk menambahkan lagi kehebatan sistem audionya.