Mitsubishi Motors Malaysia, pengedar rasmi Mitsubishi Motors di Malaysia telah menyumbang trak pikap to INSAF Malaysia, sebuah NGO yang menjalankan aktiviti kemanusiaan.
Triton ini akan digunakan untuk menggerakkan beberapa program di bawah kendalian INSAF Malaysia, khususnya membantu pengangkutan yang membawa bantuan seperti makanan dan keperluan mangsa-mangsa kemiskinan dan juga bencana alam.
Antara program yang dijalankan NGO ini termasuk sumbangan bank makanan, makanan tengah hari, beras kepada anak-anak yatim, rumah kebajikan dan juga Meals on Wheels di mana makanan disumbangkan kepada orang-orang tua yang ditinggalkan atau tinggal bersendirian.