Syarikat myTukar Sdn Bhd, platform perdagangan kenderaan
terpakai atas talian yang paling cepat berkembang di Malaysia hari ini mengumumkan bahawa
Syarikat telah pun melaksanakan tinjauan bagi memulakan program
perintis subsidi vaksinasi
Covid-19 kepada para pekerjanya menerusi aplikasi SELangkah Kerajaan Selangor.
Mengulas berkenaan inisiatif proaktif tersebut, Fong Hon Sum selaku CEO myTukar berkata,
“Para pekerja kami yang lebih mesra digelar sebagai myTukarian merupakan terpenting
kami, dan kesejahteraan mereka adalah keutamaan kami. Pihak pengurusan telah mengambil langkah proaktif untuk memanfaatkan pengumuman terbaharu Kerajaan Selangor bagi
membenarkan para majikan membeli vaksin untuk pekerja mereka. Sebagai warganegara
korporat yang bertanggungjawab, myTukar menyokong penuh Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan menggalakkan
semua pekerja myTukar untuk divaksin, dan memulakan program subsidi untuk semua pekerja. Sebilangan besar pekerja yang telah ditinjau menunjukkan minat terhadap inisiatif ini dan bersedia untuk divaksin.”
Fong turut menyebut pengurusan myTukar akan mengikut rapat program ini dan menawarkan elaun sebanyak RM100 serta dua (2) hari cuti tanpa rekod bagi pekerja yang melengkapkan vaksinasi mereka.
Fazrul, 29 tahun yang bekerja sebagai pemeriksa kenderaan myTukar di Puchong berkata, “saya tidak sabar untuk divaksin kerana saya ingin bersikap proaktif
membantu petugas
barisan hadapan
negara. Sebagai pemeriksa kenderaan, kami perlu berjumpa dan berinteraksi dengan pelanggan setiap hari. Dengan adanya program vaksinasi ini bakal membantu melindungi kami serta mengurangkan penyebaran virus di tempat kerja kami. Sebagai seorang myTukarian, saya amat bersyukur kerana Syarikat mengambil bahagian di dalam program SELangkah dan menawarkan subsidi kerana ini membolehkan
kami menjimatkan wang dan memastikan setiap daripada kami diberikan vaksin secepat mungkin.”
Maklum balas positif yang diterima terhadap program vaksinasi daripada pekerja myTukar
memperlihatkan tekad mereka yang berusaha untuk melindungi bukan sahaja para petugas
barisan hadapan, malah para pelanggan mereka. Para pelanggan myTukar di seluruh negara kini tidak perlu risau apabila mengetahui pekerja myTukar kini mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) dan bakal divaksin penuh tidak lama lagi.
myTukar yang berada di landasan pertumbuhan yang tinggi dalam tempoh dua tahun sebelum ini telah berjaya mencipta pelbagai peluang kerjaya untuk rakyat Malaysia. Ini sangat membantu ketika pandemik di mana ramai kehilangan sumber pencarian. “Dalam tempoh dua tahun, kekuatan pekerja kami telah meningkat dari pada 120 kepada 600 pada hari ini, dan
kami amat bersyukur dapat memainkan peranan yang penting dalam membantu rakyat
Malaysia mencipta kerjaya dan membangunkan negara.”
“Sebagai majikan yang bertanggungjawab
mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat, myTukar kini memastikan pekerja baharu menjalani program saringan Covid-
19. Ini mampu menjamin kerana fikiran bagi pekerjanya di seluruh negara,” tambah Fong lagi.